Lifes: Cikgu Paling Baik - Bahagian 2

By iha - 5/16/2013 04:08:00 PM

Assalamualaikum..

Sambungan entri Bahagian 1. Entri kali ni masih panjang, harap maklum. :)

Sebelum aku mulakan bahagian 2 ni, aku nak selit sikit nama-nama cikgu yang baik dengan aku masa sekolah rendah dulu tapi TERlupa masa nak letak kat bahagian sebelum ni. TERRRlupa..

Ustazah Nor Hayati (antara guru terawal ajar aku baca jawi), Cikgu Sukeri (cikgu subjek Kemahiran Hidup yang sporting), Cikgu Ani Meh (cikgu pertama yang berjaya dukung aku dengan baik), Cikgu Rosli (cikgu disiplin yang garang tapi sangat kelakar), Cikgu Ali (cikgu yang prihatin, selalu perhatikan aku kalau aku perlukan pertolongan), Cikgu Norsitah (aku takut dengan beliau dulu, padahal beliau understanding dan tersangatlah sporting), Cikgu Azhariza (cikgu Kajian Tempatan yang sangat cool), Cikgu Latifah (cikgu Sains yang baik-sebaik-baiknya), Teacher Daljit (teacher pertama yang pernah bagi aku hadiah), Teacher Isabel (pun teacher yang baik dan bagi keratan aku masuk paper tu), Cikgu Rodi (cikgu yang pernah offer nak suap aku makan :p ), dan baaaanyak lagi, maaf pada nama-nama cikgu yang tertinggal.


Oh sebelum tu lagi, semalam aku lupa nak tulis yang cikgu-cikgu masa aku sekolah tadika pun baik-baik belaka. Cikgu Azizah dan Cikgu Noraziah memang layan aku dengan baik. Masa tadika dulu cikgu masak sedap-sedap, puas diorang pujuk aku makan tapi aku taknak jugak. Bila fikir balik, waaa bodohnya aku. Dah la makanan sedap-sedap tapi tolak rezeki.

Berbalik kisah aku masa nak masuk sekolah menengah. Keadaan agak menyedihkan bila kali pertama tiba di sekolah menengah. Ramai jugak kawan-kawan dari sekolah rendah bersekolah kat situ (memang anak polis semua belajar kat sekolah tu je). Cikgu-cikgu macam ramai yang kurang berkenan dengan aku. Maklumlah masih bawak katil ke kelas, hehe..

Mungkin memang aku takde rezeki nak bersekolah disitu, akhirnya aku diberhentikan oleh pengetua dan kena cari sekolah yang agak jauh sikit dari rumah. Jarak dalam setengah jam. Sekolah menengah yang kedua ini, Alhamdulillah.. cikgu-cikgu 99% baik sokmo. Kenapa bukan 100%? Sebab 1 peratus lagi ada cikgu yang tetap kurang senang dengan kehadiran aku..

Pengetua kat sekolah tu baik sangat tapi.. cuma setahun je aku dapat jumpa beliau. Beliau buat kelas pada aras bawah, belum cukup dengan tu siap tunggu aku kat depan pagar sekolah. Nak lagi terharu asal jumpa je, beliau bagi aku RM50. Pengetua ok bukan cikgu. Bila aku tak datang sekolah sebab operate, beliau kirimkan duit kat cikgu lain untuk bagi kat aku, berserta ucapan yang sungguh sweet. Pengetua jugak satu-satunya yang gelarkan dirinya 'cikgu' dan memanggil anak muridnya 'anak'.

Terjumpa gambar pengetua kesayangan kat Google.. rindu! :')

But it's totally different bila tukar pengetua baru. Kejadian berulang lagi bila aku diberhentikan dan diarahkan untuk pergi ke sekolah yang lebih baik.

Masa menuntut ilmu di sekolah menengah yang ketiga pula, terus terang cakap aku rasa sekolah tu sungguh creepy. First time aku nampak murid yang sangat disiplin bila ada cikgu tapi belakang memang gangster. Tapi aku boleh katakan sekolah ni adalah tempat pertama yang mendidik aku untuk berhijrah kearah lebih baik. Aku mula pakai tudung kat sekolah dan belajar mendalami ilmu agama. Dan terus terang cakap, hanya 5-6 orang sahaja cikgu yang baik dengan aku. Ada yang buat-buat tak nampak dengan kewujudan aku. Ada yang bila lalu je sebelah aku terus toleh ke tempat lain.

Bila nak masuk tingkatan 5, keluarga aku kena berpindah ke Semenyih. Okey kena tukar sekolah lagi. Kali ni bila dapat tau kena tukar je memang aku rasa seronok sangat-sangat. Sebab aku rasa 'seram' bila ada kat sekolah yang ketiga ni.

Tukar sekolah yang keempat, aku 'berhijrah' lebih jauh. Tahun akhir sekolah dan zaman yang agak mencabar dalam dunia persekolahan. Masa ni aku berhijrah betul-betul. Takde dah istilah pakai tudung kat sekolah je. Aku pilih tudung yang labuh masa pergi sekolah, sampai aku ingat lagi semua kawan dan cikgu serius dengan aku sebab penampilan aku macam tu, hehe..

Sekali je pernah masuk dewan ni..

Disebabkan aku tak pernah beli baju sekolah, cuma pakai baju yang dijahit mak saudara masa mula masuk sekolah menengah dari tingkatan 1, baju dah mula nampak 'singkat' tapi masih longgar. Aku pakai handsock dan stokin sampai paras lutut gila ko. Aku dapat kawan-kawan yang sangat awesome dan rasanya takde cikgu yang bersikap dingin dengan aku. Takde.

Rasa heaven je masa belajar, ada kawan yang tolong bawakkan aku ke makmal, ada kawan yang sanggup usung wilcha aku beramai-ramai masa nak lalu kat tepi longkang bangunan sekolah. Ada kawan yang sanggup duduk semeja dan gosip sama-sama dengan aku. Tak pernah aku dapat kawan sebaik diorang selain masa sekolah rendah dulu.

Cikgu-cikgu sentiasa bagi sokongan tak berbelah bagi. Buku latihan dibagi percuma (sebab aku selalu ponteng lepas operate), cikgu fotostat nota guru, bukan nota murid, dan macam-macam lagi. Yang paling aku terharu masa aku tak sempat nak ambik peperiksaan penggal dua, cikgu subjek Perdagangan, Cikgu Hafidah kata siapa yang dapat markah paling tinggi akan dapat keychain yang cikgu beli masa melancong kat India. Aku tumpang seronok pada kawan-kawan yang dapat keychain tu. Tiba-tiba Cikgu Hafidah hulurkan sesuatu kat aku senyap-senyap. Serius rasa macam nak menangis je. Perkataan yang aku nak cakap masa tu ialah "Terima kasih cikgu! Sayang cikgu!" tapi tak terluah pulak.

Keychain Taj Mahal..
Sanggup cikgu habiskan duit beli keychain ini untuk saya..
Terharu.. terima kasih cikgu :)

Seminggu sebelum SPM bermula, aku kena berpisah dengan cikgu dan kawan-kawan lebih awal, sebab aku ambik SPM kat hospital. Masa nak salam, masa nak mintak maaf dan cakap terima kasih kat cikgu-cikgu, rasa mata ni dah berat seberat 10kg tau tak. Masuk kereta apo laie, menangih tak berlagu arr den. Dengar abah bukak radio Klasik Nasional, keluar lagu Sharifah Aini - Hapuslah Air Matamu, tergelak-gelak mak tengok aku lap air mata banyak kali.

So, aku nak senaraikan nama-nama cikgu yang baik dengan aku masa sekolah menengah antaranya:

1. Pn. Zaiwati
2. Pn. Rosmini
3. Pn. Rodiah
4. Pn. Mahani
5. Ustazah Dayang
6. Sir Rozaini
7. Cik Rozana (dulu Cik, sekarang taktau hehe)
8. Cikgu Noorizan (pengetua)
9. Cikgu Fouziah
10. Cikgu Rasidah (kalau tak silap ejaan)
11. Pn. Sariati
12. Pn. Sorah
13. Pn. Shahzilina
14. Pn. Rita
15. Pn. Maizan
16. Pn. Azian
17. Pn. Zakiah
18. Cik Hafidah
19. Pn. Halimah
20. Pn. Irnawati (kalau tak silap ejaan)
21. Ustaz Azlan
22. Ustazah Norliza
23. Pn. Nurul Khuzaimah
24. Pn. Normah
25. Pn. Sarimah
26. En. Zainal Nordin
27. Ustaz Rosli
28. Pn. Normala
29. Ustazah Hidayah
30. En. Fauzi
31. Pn. Teh Nazhura

Haaa ni mana yang aku ingat dan sangat baik dengan aku sepanjang belajar kat empat buah sekolah menengah. Mohon maaf zahir batin kalau ada nama yang tertinggal. Jasa mereka entah bila aku dapat balas. Kalau ada salah seorang guru yang membacanya (kalau aku bagi link entri ni kat FB cikgu la), aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka. Moga Allah SWT melipatgandakan segala usaha mereka. Setiap ilmu yang mereka sumbangkan pada anak didik akan menjadi 'harta' yang sungguh berharga bagi kami, iaitu sebagai seorang pelajar. Terima kasih cikgu, moga DIA merahmati kamu semua..

  • Share:

You Might Also Like

5 Geng Banyak Bebel

  1. huuuyyaaoiiii....hebat la sistem memori lu tu...sampai semua nama cikgu2 lu boleh ingat....hehehe

    ReplyDelete
  2. akak pun sampai sekarang ingat lagi cikgu cikgi akak yang baik2 tu... ^_^

    ReplyDelete
  3. Berpeluh baca entry ni hahaha :P

    ReplyDelete
  4. rs sebak pun ada bila bc entry iha ni...tsskk..disisihkan di sekolah..but at last nmpk mcm happy ending di situ...hehe btw, tanpa cikgu siapalah kita kan?

    ReplyDelete
  5. Waaaaa sedihnyaaa..sanggup mereka buat Iha macam tu.. sepatutnya pelajar kurang upaya la kita bantu.. bagusnya memori Ihaa ni.. akak dah lupa, ada sket2 je ingt..

    ReplyDelete