Lifes: Ladies and Gentlemen, He's My Future Hubby :P

By iha - 5/18/2013 11:43:00 PM

Assalamualaikum..

Terus terang aku cakap, entri kali ni tak membawa apa-apa manfaat dan ilmu berguna mahupun iktibar buat korang. Hanyalah sekadar entri seorang perempuan yang sedang memiliki sifat gelojoh. Dengan tidak semena-mena aku nak kenalkan kat korang pakwe baru aku. Ya sangat baru, ketika entri ini ditaip, tak sampai 24jam pun aku kenal dia. Haa rakus tak xD

Tengah malam semalam, aku nak bincang dengan mak pasal nak tetapkan tarikh pembedahan. Tiba-tiba TERberhenti depan TV. Kat TV2 tayangkan drama bersiri ala-ala Grey's Anatomy, namanya Three Rivers. Kali pertama aku tau kewujudan cerita ni dan aku memang suka drama bergenre medik ni. Cerita dia tak cliche macam Grey's tapi sayangnya cuma ada 1 musim (season) je.

Oh bukan nak buat review pasal TV Series ni, tapi aku nak tunjuk watak salah seorang doktor dalam drama tersebut yang berjaya buat aku melekat depan TV selama sejam :D

Kenalkan ini Dr.Lee, bakal suami aku tapi sayangnya tak diluluskan oleh tok kadi. xD

Dr.Lee adalah nama beliau dalam Three Rivers. Mula-mula je aku tengok muka dia, terus spontan cakap dalam hati "Fuhh, handsome bebeh." Tiba-tiba mak cakap: "Nabihah mesti suka tengok muka dia kan?" Padahal masa mak tengah cakap tu, mata beliau elok je pandang TV. Ok terkejut, aku tanya mak macam mana boleh tau? Mak cakap dia tau taste aku macam mana. Ahaha, hebak la kembar aku ni.

Nama betul beliau Daniel Phillip Henney @ Daniel Henney. Aku ingat dia orang cina, rupanya (American+Korean(Irish / White American). Sila buat-buat faham dengan formula ini, hahah..

Daniel with his beloved parents: Phillip Henney and Christine Henney.
Harus la aku hafal nama mak pak mertua aku kan.. xP

Petang tadi walaupun line internet kurang memuaskan nafsu serakah aku untuk membukak Google, tapi aku tetap buat-buat sabar sambil cari biodata beliau. Tiba-tiba aku ternampak kat mana entah, Daniel ni pernah jadi artis undangan untuk TV Show Family Outing. Ehh, baru aku teringat! Mamat ni yang aku pernah tengok kat Family Outing 2 tahun lepas. Tapi waktu tu takde pulak aku tergedik-gedik macam sekarang. Elok je aku tengok. Nampaknya aku dah setapak ke hadapan menjadi lebih dewasa, kihkih..

Rindu nak tengok Family Outing balik, sebab tak pernah tak buat aku semput.

Sepanjang perkenalan aku dengan beliau kurang dari 24jam, Daniel tak berapa fasih berbahasa Korea walaupun ada darah Korea dalam diri dia. Sebab tu mana-mana drama ataupun filem yang Daniel berlakon kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris. Nanti baby ajar abang bahasa Melayu tau.. A for Ayam! B for Babun! Pffff~

Buat susah-susah je bagi baby bunga ni. Much thank dear :D

Kalau jumpa depan mata, aku tumbuk muka dia ni.
Siapa suruh muka handsome sangat..

Hangpa tunjuk la TV canggih lagu mana sekalipun, aku nak Daniel jugak!

Kebetulannnn, nama aku Diana Nabihah :P
Aku Diana, dia Daniel = Diana Daniel

Ketinggian beliau adalah 6 kaki 2 inci. Padanlah dengan aku, 3 kaki 8 inci, muahaha..

Okey cukup sampai sini je. Aku takut hidung aku berdarah lama-lama. Maaf diatas entri ketidakmatangan ini. Aku tengah ada masalah sebenarnya, jadi aku rasa inilah salah satu alternatif nak buat aku bahagia. Ecehh..

AMARAN KERAS: Jangan rampas bakal suami yang tak diluluskan oleh tok kadi dari saya.

  • Share:

You Might Also Like

14 Geng Banyak Bebel

  1. layan jugak family outing ni. tapi season 1 le. season 2 macam tak besh...

    ReplyDelete
  2. Entri yang "tidak membawa apa-apa manfaat" ni actually entry yg cute. Don't worry, I tak rampas "bakal suami yang tak diluluskan oleh tok kadi" awak ni. Sbb i pun ada "bakal suami yang tak diluluskan oleh tok kadi"..hehe..:)

    ReplyDelete
  3. hehe..encem tu Iha..ya la Iha ingatkn cina tadi..muka mcm cina

    blm pernah lg tengok citer ni..

    ReplyDelete
  4. Hahahaha...sudikan akak ketawa terbahak bahak seketika.. dah hensem kenapa nak tumbuk? haha.. ayah dia xhensem pun kan baby..hahaha

    ReplyDelete
  5. Akak suka entry Ihaa ni.. Olahan yg menarik..terbaekkk.. akak bg 10/10..5bintang!!

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha wahh tak di luluskan tok kadi :) x pernh tgk cerita nie

    ReplyDelete
  7. Hahahahahaha
    omai bhah! kalau ni, akak sanggup rebut!
    kahkahkah :p

    First komen ni ekeke :p

    ReplyDelete
  8. lol lawak dan terbaik entri ni...hehe sekarang wa dah tau taste lu camne...erk? bukan semua taste perempuan camni ke? hihi

    ReplyDelete
  9. kikiki,,ki salam kat dia
    oh bapak mertua iha..oooops..belum lg jd ker..hehe

    ReplyDelete
  10. ekekekekeke....jap kakak fikir boleh approve ke tak ni sebagai adik ipar...ekekekekeke....

    ReplyDelete
  11. memang sweet sangat dia ni...

    ReplyDelete
  12. haaaa jatuh cinta pandang pertame ekk . Meh meh nak jadi pengapit :pp

    Dina tak cepat terpikat kalau tengok artis dalam TV . Alaa takde jodoh pulak kite kat sini eh haha . Kalau si gedik dina ni jenis cepat terpikat, kompom seminit tengok dah ajak kawen . Dah la dina ni dah cukup gedik, tambah lagi gedik jadinye ekstrem mekstrem gediksssss (ntah pape je haha).

    don't worry ahkak . I will not rampas your future husband walaupon tok kadi tak sahkan . Bersyemangat betol akak hahaha .

    ReplyDelete
  13. ahahahha, amboihhh ihaa tajuk entry tu bikin kontrobersi panas ni..waduhh3..hehehheeee

    ReplyDelete
  14. haha.. amboi iha..sempat lagi nak google semua latar belakang beliau..patutlah kacak..mix.. ^^ jangan rebut tau..kita punya..ahha :P

    ReplyDelete