Lifes: Surat Cinta Remaja Kepada Adinda

By iha - 5/27/2013 10:42:00 AM

Assalamualaikum..

Source Image HERE

1 Mei haritu aku pernah hasilkan entri ini. Kali ni aku nak buat satu surat cinta ala-ala awek rock sikit so sila jangan terkejut dengan bahasa yang agak kurang lemah lembut ni. Aku nak buat kejutan kat kawan aku. Mesti dia tak ingat hari Sabtu lepas (25 Mei) adalah hari apa..

Aku yakin, memang takde sesiapa nak baca 'surat cinta' aku kat bawah ni sebab serius panjang. Tujuan aku buat esei ni pun untuk beliau baca je. Mesti dia tacing punya la.. :P

Ke hadapan Adinda Zalifa,

Beb, lu masih ingat tak macam mana kita boleh kenal? Mesti lu ingat punya.. masa tu lu letak profile picture gambar jersi. Yelah waktu tu orang tengah demam FIFA. Wa taktau macam mana muka lu. Lu pun taktau macam mana muka wa, sebab wa tengah fanatik letak gambar tengkorak. Wa ingat lagi, wa nak berkawan dengan lu sebab lawak kita 'sepesen'.

Bila kita dah sebulan kenal hati budi masing-masing, kita ajak dating pulak. Lu ingat tak? Masa tu kita bukan ajak jumpa kat taman, bukan jugak kat shopping complex mahupun mana-mana gig atau funfair, tapi kat hospital. Lu pun setuju je dan bermulalah sketsa cinta kita. Haha..

Beb, lu ingat tak time wa frust menonggeng dulu? Alaa yang zaman kebodohan wa tu, haha.. lu TERpaksa jadi pendengar setia luahan wa. Dah la wa suka hati je kacau lu. Tengah malam la, lepas subuh la, tapi lu tetap sabar dan cuba pujuk wa. Kalau wa ada buat silap pun, lu tegur wa baik-baik. Takde sakitkan hati wa.

Beb, lu ingat lagi tak ada sekali tu, hampir seeeeeeeemua kawan-kawan lu ingat wa balak lu? Ingat tak? Mana diorang syak wa pakwe lu, sebab hari-hari wa hantar ucapan sweet siap gambar love bagai. Heheh, masa tu wa gila obses dengan application dekat Facebook. Lu sorang je wa selalu bagi gambar comel-comel, orang lain wa ignore. Habis semua member kamcing lu buat gosip pasal kita. Bila dah kenal baru diorang terkedu tengok wa, hahaha..

Ke hadapan Adinda Zalifa,

Beb, lu ingat lagi tak saat-saat best kita gelak golek-golek pasal Sang Kancil? 'Sang Kancil' tak pernah buat kita tak gelak. Kewujudan beliau dalam cerita kita selalu mengakibatkan masing-masing semput dan sesak nafas. Beliau la satu-satunya manusia yang cakap Kulim kat Terengganu. Beliau jugak yang berkeras marah lu sebab jawab matematik salah. Kata 'Sang Kancil' ada ke lu jawab 1 tolak 1 sama dengan 0. Sepatutnya 1-1=1. Betul-betul marah 'Sang Kancil' masa tu xD

Beb, lu masih ingat tak, tiap kali wa admit ward, lu mesti datang walaupun cuma sehari je. Lu datang MESTI bawak buah tangan. Bukan untuk wa je, untuk 'adik kita' sekali pun lu siap bawak. Lu tau tak, tiap kali lu bagi something dekat wa, wa mesti rasa macam nak marah lu. Sebab wa tau 'sen' lu selalu cukup-cukup untuk lu sorang je. Tapi kenapa lu sanggup habiskan duit belanja lu semata-mata untuk wa?

Beb, benda yang paling berharga dalam hidup wa selain ada keluarga dan kesihatan yang baik, adalah bila wa kenal lu. Sebab wa tau, Allah memang bagi wa 'hadiah' yang sangat istimewa. Lu lah hadiah tu, tak perlu bagi wa hadiah yang lain lagi okey? :')

Ke hadapan Adinda Zalifa,

Beb, sepanjang 3 tahun kita kawan, kita tak pernah gaduh! Langsung tak pernah kan? Datang saka masing-masing, kita akan melenting jugak tapi bila bersembang fikiran masing-masing mesti jadi waras kejap. Hehe.. kadang-kadang kawan sekeliling kita selalu jugak peralatkan kita untuk kepentingan diorang. Tapi kita masih bertahan dan berkawan baik sampai sekarang. Insya Allah selagi wa hidup, wa akan jaga persahabatan kita baik-baik..

Beb!! Yang ni paling wa tak boleh lupa dan kalau boleh wa taknak lu lupa jugak. Ingat tak masa kaki wa sakit tak boleh nak gerak langsung? Wa rasa macam nak lumpuh dah waktu tu. Nak-nak lagi masa tu wa tertekan sebab SPM nak dekat. Doktor kat hospital tak bagi wa ambik periksa kat wad. Siang tu wa menangis, malam tu mood tak berapa okey.

Sebab perangai wa dah macam hantu siam sikit, doktor suruh wa pergi buat x-ray. Malam tu cuma ada wa je kat x-ray, takde pesakit lain. Seram pun ada sebab waktu malam. Yang mengharukan, lu teman wa tengah malam tu! Sumpah sepanjang wa hidup belum pernah lagi wa ada kawan yang sanggup teman sampai tengah malam. Wa memang terharu sangat waktu tu, tapi wa taknak tunjukkan depan lu. Terima kasih beb.. lu memang layak digelar "kawan"..

Beb, walaupun kita ni berkenalan kat kelas RS (Rock Selamba), tapi berapa banyak lagu jiwang kita layan bila habis kelas? Aku Bukan Pilihanmu, Unintended, Tertalu, Spender Tenda Biru, dan beberapa lagu jiwang yang sewaktu dengannya semua kita sapu. Dah nama perempuan, dalam hati mesti la ada taman permainan kan.. hahah..

Ke hadapan Adinda Zalifa,

Beb, wa rasa dah cukup panjang esei wa bagi dekat lu. Selalunya 20 perenggan wa bagi tapi kali ni kurang sikit. Wa mintak maaf kalau wa ada terbrutal bahasa dalam esei ni.

Terima kasih beb sebab lu sudi jadi cikgu BI wa dulu.

Terima kasih sebab sudi layan perangai kebudak-budakan wa masa mula-mula kenal.

Terima kasih sebab lu selalu tak lupakann wa tiap kali lu pergi bercuti.

Terima kasih sebab lu selalu jadi orang pertama yang wish harijadi wa.

Terima kasih sebab sentiasa ada waktu wa susah dan senang.

Terima kasih sebab lu tak pernah sisihkan adik-adik lu yang sakit ni especially wa dan Emir.

Dan terima kasih sebab sudi jadi kawan wa selama 1099 hari. (25 Mei 2010 - 27 Mei 2013)
Lu memang akak yang rock \m/


Awek yang terharu,
RBK

P/s: Gambar tak dapat disediakan sebab semua ada kat beliau. Nak mintak takut tak suprise pulak, hehe..

  • Share:

You Might Also Like

11 Geng Banyak Bebel

  1. woahh..terharunya kalau dpt esei panjang penuh memori cenggini..:')

    ReplyDelete
  2. alahai... touchingnya.. *bila sampai part yang bawah tu macam confuse skit..

    ReplyDelete
  3. hehehe.. akk rockk!! :) best kan kalau jdi pendengar kepada org lain sbb rasa diri dipercayai :))

    ReplyDelete
  4. nak nangis baca..dlm brapa ari ni memang nak tulis entry pasal kawan..tapi tak da mud nak tlis..hahaha

    ReplyDelete
  5. Wa lu wa lu.. hehe.. mmg rock kapak ni.. ni betol2 kawan ke apa ni?

    ReplyDelete
  6. hope u olls berjaya dlm kerjaya
    syok klo dpt bezpren camni
    moga u olls sentiasa bahagia

    ReplyDelete
  7. mmg berjela panjang surat tu...hehehe apa2 pun selamat menyambut hari perkawanan (ada ke perkataan ni?) yg ke 1100 hari...kalau dikira sekali hari yg wa taip komen ni...kehkehkeh

    PS: ingatkan salah masuk blog td...tetiba jadi kaler biru balik...huhu

    ReplyDelete
  8. bestnya kalau dapat sahabat yg sehati sejiwa

    ReplyDelete
  9. waahhh3 so sweet laa dik akak sorang ni ^______^ so touching baca tau..hehe...semoga persahabatan iha dan sahabat iha kkal slamanya ;)

    ReplyDelete
  10. memang sahabat setia nih . susah nak dapat sahabat susah senang camni . semoga persahabatn tu trus berkekalan hingga hujung nyawa ... aaamin .

    ReplyDelete