Talkative Tuesday 2: Nama Panggilan

By iha - 5/14/2013 12:37:00 PM

Assalamualaikum..

Entri kedua dalam Talkative Tuesday..


Semua orang ada nama panggilan ataupun gelaran masing-masing kan? Mungkin dengan keluarga, dengan kawan ataupun dengan sesiapa je la.. sama jugak dengan aku. Banyak nama gelaran yang diberikan pada aku sampai kadang-kadang aku konpius taktau nak bahasakan diri apa dengan seseorang tu.

Sejak kecik lagi aku memang tak diberikan apa-apa nama gelaran. Mak, abah, dan adik-beradik yang lain cuma panggil Nabihah. Kata mak, dia akan gunakan nama yang dah diberi. Panggilan along, angah, uda, acik, busu, dan yang sewaktu dengannya pun tidak digunakan dalam keluarga. Cukup panggil yang atas-atas tu abang dan akak sahaja.

TETAPI, aku taktau sejak bila dan hari apa dan pukul berapa, tiba-tiba je aku ada nama gelaran baru iaitu Jah. Siapa yang panggil aku macam tu dulu memang tajam je mata aku menjeling orang tersebut. Gerrram je rasa. Padahal nama aku bukannya ada huruf Z ponnn. Nama ni yang melekat sampai ke hari ini T_T Adik-beradik aku je panggil macam tu. Mak abah masih panggil macam biasa.

Kadang-kadang abang aku panggil Gemuk. Yelaaaa aku sedar aku gemuk. Tu belum lagi masa aku cari nombor aku kat henpon beliau. Puas cari nama sendiri tapi tak jumpa. Rupa-rupanya abang pi letak nama aku Naboolat = Nabihah Bulat. Grrrr..

Aku jugak dapat gelaran Pendek dari akak aku. Sebab memang aku pendek, huwaa.. lagipun aku ni nakal sokmo dengan family. Suka cari gaduh dengan adik-beradik. Lagi-lagi aku suka ambik barang diorang senyap-senyap. Pastu mulalah keluar ayat dari akak aku: "Tak padan pendek, perangai buruk, muka dah la lebar.." ahahaha.. kitorang kalau bergurau memang kasar. Tapi takdelah sampai gaduh-gaduh. Kalau tak gurau kasar macam tak best je kan.



Ada lagi nama-nama gelaran yang diberikan antaranya:

Nyet: Ringkasan dari monyet. Hadiah yang aku dapat selalunya barangan berasaskan monyet. Kata family perangai aku memang macam monyet. Haha mula-mula maghah jugak, tapi sekarang dah tak heran.

Awin: Singkatan dari penguin. Nama ni asalnya abah yang bagi sebab aku mengensot macam penguin. Hihihi.. tapi bagi aku nama ni biar family je yang panggil. Aku akan sentap kalau orang lain panggil. Pernah masa akak sulung aku tunang dulu, nama ni tersebar kat saudara-mara. Diorang gelak dan panggil nama Awin banyak kali. Rasa macam nak menangis je waktu tu sebab diorang macam mengejek aku. Bukannya diorang tau aku sakit pun. Tapi aku pun join gelak jugak sebab tengah sabarkan diri sendiri.

Penguin is cute what?

Neko: Akak sulung aku suka panggil nama ni, taktau kenapa. Neko tu maksudnya anak kucing kan?

Bhah: Ini adalah nama panggilan untuk kawan-kawan yang rapat masa sekolah dan akak-akak angkat yang lebih berusia. Saja aku bahasakan diri macam tu. Nak taip kat mesej pun senang. Lagipun kawan masa sekolah dulu ramai yang tak sampai hati nak bahasakan diri 'aku-kau' dengan aku. Haih, terpaksa jadi skema..

Adik: Kali pertama aku bahasakan diri 'adik' masa umur 14 tahun. Masa tu akak angkat berbangsa cina yang panggil aku adik. Lepas tu nama adik terus melekat bila 'bekerja' dekat MuzikFM dulu. Adik bongsulah konon-konon.

RBK: Hehe, jangan main-main dengan ini nama. Walaupun nama ni memang kelakar, tapi nama ni yang berjaya sorokkan identiti aku dari sesiapa. Masuk ni dah 3 tahun aku pakai nama RBK dekat FB. Bila dah jarang online kat FB, rasa kekok la jugak masa orang panggil rbk. Nanti aku cerita lebih lanjut macam mana boleh wujud nama yang sungguh pelik ni.

Adek Kicik: Ada sorang je yang panggil aku adek kicik ni. Sebab katanya (katanya la) orang tu respek dengan cara aku berfikir walaupun masih muda (katanya la). So keluarlah nama manja ni.

Iha: Nama Iha ni aku cuma gunakan dekat blog sahaja. Kalau panggil nama ni dekat alam realiti memang aku takkan jawab kot. Sebab tak pernah bahasakan diri iha kat mana-mana. Tujuan aku letak nama iha kat blog sebab masa tu nak mulakan hidup baru (kononnya). Aku taknak campur aduk antara 'karier sementara' dan kehidupan sebenar aku. Kiranya aku taknak libatkan kawan-kawan blog dengan kerjaya aku sendiri.


(bak kata kak +Mieza Jhaa K, iha = Yiehaaa) :D

B: Ada suami orang panggil aku dengan nama ni, wuuu seram. Dengan alasan, nama betul dan nama dalam FB ada huruf B. Erkk..

Nur: Kekok sangat-sangat kalau ada orang panggil aku dengan panggilan Nur. Sebab adik-beradik perempuan semua ada nama Nur. Kali pertama ada seorang datin yang melawat hospital panggil aku macam tu. Buat masa ni ada 3 orang yang pernah panggil aku nur. Tu tak termasuk dekat seberang. Kawan-kawan sana memang selesa panggil aku nur je..

Dan ada lagi tambahan. Dalam adik-beradik, kitorang ada 'nama lain' yang diambil dari pelakon veteran tanahair. Yang ni la aku nak bagitau akak +tenku butang sebenarnya tapi asyik lupa je, hehe..

Akak sulung - Ruminah Sidek
Akak kedua - Khatijah Tan
Abang - Nasir Bilal Khan
Keempat - Hamid Gurkha
Bongsu - Jalil Hamid

Ni semua nama spontan yang kitorang dapat lepas gaduh-gaduh manja. Yang paling tak boleh blah sekali nombor 4 tu la. Adik-beradik lain semua dapat pelakon sama gender. Aku je yang lain, WHY??? Bila nampak Hamid Gurkha kat TV je, mula la diorang pandang aku pastu gelak terbahak-bahak. Choiiii..

#Korang ada banyak nickname jugak ke? Ce kongsi..

  • Share:

You Might Also Like

9 Geng Banyak Bebel

  1. Msa kecik keluarga dan saudara panggil saya a'a. Bla usia makin meningkat mereka panggil suha, kak suha...tp ada juga saudara masih panggi saya kak a'a.. dengan kawan pula ada yang panggil nas, suha, atau nasuha... =)

    ReplyDelete
  2. ^_^...pernah juga buat entry tentang nick name ni... ^_^

    ReplyDelete
  3. wahh3 banyaknyerkkk nickname dik ;D hihi..nama tu semuanya chomel3 je..hehee

    ReplyDelete
  4. wahaha byknye nickname iha..hihi..tak kira la panggil apa pun yg penting tuan comey..kan²..^^

    ReplyDelete
  5. kelas ko jah...byk tol nama ye....kehkehkeh....

    ReplyDelete
  6. puyooooo banyak nickname akak ! dina punye takde banyak camtu . orang biasa panggil , "IR" , "DINA" pastu "IRDINA" hahaha . Kire pusing-pusing perkataan tu je keje .

    Nak tergelak la akak cakap tetibe name akak jadi "Jah" . Datang drpda ceruk mane ntah nama tu hoho .

    PSTT : Bile akak taip "Neko" tu , teringat lagu Gwiyomi . Neko ! Neko ! Hehehehehehe .

    ReplyDelete
  7. Wah ! banyak nickname , hehe . Tak pe , asalkan pangil dengan nama yg baik dan tuan badan tu redha , hehe

    ReplyDelete
  8. hehe.banyaknya nickname Iha.. panggil ija boleh? hehe.. kita ada.. angah panggil kita Oli Pollie.. tak tahu la apa benda tu maknanya..kurang asam.. agaknya lebih kurang mcm bini popeye yg oliver..tapi apa kaitan dgn kita? ==' hurm.. tapi tu dulu la..hehe..sekarang nickname Ina (famili ja pnggil) n Nana (org luar..) huhu

    ReplyDelete
  9. Banyak nickname kakak. kalau kite pulak nama Nunu tu, kakak ke-3 yang kasi. lekat, sampai dekat sekolah -.-' tu pun sebab kantoi. mula mula cikgu ade suruh lukis ape benda ntah, guna nickname kite je. tempat tu just muat 4 huruf, jadi kite letaklah nama Nunu tu. pastu, masa cikgu nak bagi kertas tu. satu kelas dah kecoh "Nunu sapa? Nunu sapa?" bengang gila masa tu. hhahaha

    kan dah jangkit akak komen panjang-panjang -.-

    ReplyDelete