Assalamualaikum..
Ikutkan aku nak masukkan entri ni dalam Fadhali Friday, tapi rasanya 'isi' entri ni macam tak cukup ilmu pengetahuan pulak. Mungkin FF akan disambungkan ke Jumaat depan.
Sebenarnya, semalam (Khamis) hari yang agak lama buat aku tersenyum. First, sebab kak +Mar Haini Abdul Rahim dan kak +Seneorita Baharin aktif berblogging balik. Rasa seronok + gumbira + syok + happy tak terkata sangat-sangat. Kalau depa takde, rasa macam blog aku dipenuhi cengkerik tau tak.. wuwu~
Secondly, bila perbuatan aku ada tindakbalas. Siapa sangka, artis kesayangan aku nun jauh di Jepun sana balas mesej aku. Hooray! Ni kali kedua dia balas mesej aku lepas kali pertama aku wish masa harijadi dia haritu. Saja je aku tanya khabar, tapi tak sangka pulak dia balas. Dia dah balas, aku pun senyap je la. Nanti rimas pulak dia. Siapa la artis tu ek? Tettt~
Tengah dok tersengih tadi, tiba-tiba aku termenung jap. 'Perasaan' ni boleh wujud bila-bila masa je kan. Kalau aku seronok, tak semestinya sejam kemudian aku masih dalam keadaan seronok. Bak kata abah "jangan megah sangat"..
Untuk hilangkan perasaan suka yang teramat sangat, aku cuba dengar lagu-lagu sedih. Kasi seimbang kejap emosi ni. Banyak jugak lagu yang aku dengar tadi, antaranya:
1. Celine Dion - All By Myself
2. Forteen - Seperti Dulu
3. Garnet Crow - Yume Hanabi
4. Angela Aki - Honesty
5. Kiroro - Aitai
6. Rie Fu - Life is Like a Boat
7. Versailles - Love Will be Born Again
8. Siti Nurhaliza - Melawan Kesepian
9. FT Island - Missing You
10. Galneryus - No More Tears
11. Zamani - Damai di Hati
12. Acha Septriasa - Sebelum Menutup Mata
Orang malam Jumaat baca Yassin, aku ni boleh layan lagu macam ni pulak. Buruk betul perangai aku. Yang lawaknya, semua lirik dalam lagu-lagu tu macam sepesen je. Taktau la apakejadahnya aku layan sampai macam tu sekali. Samalah jugak kalau tengah sedih, aku akan cuba kawal emosi dan cari sesuatu perkara yang best supaya aku tak terikat dengan perasaan sedih tu.
Bagi aku, semua perasaan yang kita rasa dan alami merupakan satu nikmat dan anugerah dari Allah SWT. Sekurang-kurangnya kita ada merasai 'angin' tu. Aku pernah kena lepas operation dulu, aku hilang ingatan. Aku tak boleh cakap, aku tak boleh berfikir, aku blur. Aku diam dan hanya pandang siling lama-lama.
Bila aku dah sembuh, aku selalu harap Allah tak tarik balik nikmat perasaan tu. Kalau perasaan tu takde, kita akan rasa betapa kosongnya hidup dan betapa dungunya akal kita ketika itu. Perasaan marah, seronok, sedih, takut, gementar, biasa-biasa, tu semua fitrah. Ada orang sampai koma (pun pernah kena jugak), dia dengar tapi dia tak boleh buat apa-apa. Kita tak mampu kawal otak kita masa tu jadi nikmat perasaan pun takkan timbul.
Hmm, aku perasan entri aku makin lama makin teruk la.. cara nak terangkan sesuatu perkara pun makin putar belit + pusing-pusing. Korang boleh faham ke? Huhu.. harap entri panjang lebar macam jarak antara Malaysia dengan Afrika Selatan ni mampu membuatkan kita muhasabah diri seketika..
21 Geng Banyak Bebel
klu akak sedih2 dengar lagu sedih,,confirm banjir..makin sedih jadinya
ReplyDeleteYee.. Akak pun gembira jugak bila mereka aktif berblog balik.. hahaha lawak la Ihaa ni..kena seimbangkan kegembiraan dgn mendengar lagu sedih?? Hahaha...macam2..Asyik buat akak tergelak besar aje...
ReplyDeleteIha , seorang yang kelakar , hehe . Jom intro . Perasaan adalah anugerah dari Allah (:
ReplyDeletetak pe acik faham.. suka bace entry ila
ReplyDelete^________^ Iha ni sweet la..haishh geramm, nak picit pipi boleh dak? In shaa Allah akak aktif slow2 balik ye syg..jgn lupa hantar kt fb akak eyh..i'm waiting..
ReplyDeletepssst, lagu2 yg iha dgr atas tu semua akak suka, boleh dikatakan my feberet song jgk tu.. ;D
memang penting untuk kita menghargai apa sahaja yang kita miliki kan...baru kita akan happy selalu :)
ReplyDeletelol jauh sampai afrika selatan je ke...apsal tak sampai jamaica terus....kehkehkeh....tapi selagi boleh layan perasaan gembira tu layan je la...bukan selalu kita nak gembira ni.....kalau cepat2 potong tu potong stim namanya....
ReplyDeletekalau kita selalu bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang, InsyaAllah Allah akan selalu berikan kebahagian pada kita sesekali diberi ujian dan dugaan, itu bermakna Allah lebih sayangkan kita..selalu muhasabah diri..
ReplyDeleteehehe....artis mana tu, kut2 KY kenal hahaaa
hmm sama lah macam FD. bila nak layan perasaan je, dengar lagu.
ReplyDeletekebiasaannya , kalau kita gembira sangat2 , mesti lepas tu akan sedih kan . sebab tu kalau gembira , kena berpada pada ^^
ReplyDeleteperasaan yg kita ada ini anugerah :)
ReplyDeleteArtis dari jepoonnn??? Siaapaaa? Nak tahu jugak. haha.. dari sekolah menengah dulu selalu dengan ayumi hamasaki...
ReplyDeletefuuhhh cool la entry ni.. yepp alhamdulillah ats nikmat kurniaan perasaan yg pelbagai niii... sioook kan jap gembira, jap sedih, jap blank, jap cm bengong2 sket, jap skema, jap marah. hahaha sooo manusiiaaa :P
ReplyDeletesyukur dgn segala nikmat.. alhamdulillah :)
ReplyDeletemoga iha sentiasa sihat
ReplyDeleteaah..memang klo mood kita ke laut..nk layan lagu jiwang je
pastu x sedar2 kita dah banjir..haha
yey.. patutlah jarang nengok link blog dorg dalam group.. rupanya mereka hilang seketika..
ReplyDeletetu la .. bersyukur kan kita ni diberi macam-macam perasaan . :')
ReplyDelete#komen ni terlalu pendek . atas ke-ter-geliatan urat saraf leherku ini . :D
selalunya manusia ni kalau belum terkena lupa akan nikmat pemberian Tuhan, bila dah terkena barulah nk beringat..itulah dinamakan lumrah kehidupan..Berkenaan entry iha..tak de susah pun nak faham, lagi seronok membaca sb faham..:),errrr..iha faham tak mamahanny ckp ni??
ReplyDeletesuka lagu celin deon
ReplyDeletebuat entri FJ pun ada juga pesanan dalam entri itu.kira okay juga.. :)
ReplyDeletebagusnya tips iha.kalau gembira dgr lagu sedih2 / jiwang..huhu..baru seimbang kan..tapi betul kan kta kalau gembira sangat mesti 'lupa daratan'
selalu ingatkan diri sendiri.. jangan terlalu gembira nanti ada yang menangis...
ReplyDelete