Assalamualaikum..
Okeys, Chapter 1 dan Chapter 2 telah dipublishkan dengan jayanya.. hooray! Sekarang dalam entri ketiga ni, aku nak cerita kisah "jodoh ketika jatuh sakit". Yang pasti, jodoh tu bukan untuk aku.. hehe..
Ni kisah masa sebulan aku berada dalam wad Pediatrik HKL. Dalam tempoh sebulan tu, mak kata memang dapat 'jiran' yang best. Aku sorang je pesakit yang masih bayi kalau tak silap. Yang lain tu semua dah jadi abang dan kakak. Jadi dalam tempoh duduk sebilik tu, dapatlah bertukar-tukar resepi.
Nak lagi syok, ada seorang stuff nurse ni, solo lagi. Dia selalu datang kat katil aku dan hiburkan aku kalau menangis. Mak kata cara dia hiburkan aku dengan menggunakan sarung tangan getah (glove) pastu tiup macam belon. Aku kan budak naif lagi inosen, terhibur la konon-kononnya.
Nak dijadikan cerita lagi, disebabkan aku duduk lama jugak kat wad, mak TERpaksa balik untuk tengok anak-anak dia yang lain kat rumah. Jadi kerja menjaga aku akan diserahkan pada adik bongsu mak. Aku panggil poksu.
Okey rasanya korang pun dah tau apa akan jadi lepas tu. Jururawat solo tersebut macam biasa melakukan rutin kerjanya datang ke katil aku dan kadang-kadang akan bertembung dengan waktu poksu jaga aku. Mereka tak bertegur. Pelik kot kalau first time pandang terus jadi gedik nak berkenalan. Orang dulu-dulu kan lebih sopan dari orang sekarang.
Jadi mereka hanya melakukan aktiviti jeling-menjeling (macam aku dengan Tan kot, tettt). Menurut cerita mak, diorang tak pernah bertegur sapa tapi dah ada signal yang diorang nak berkenalan. Mak la yang jadi 'cupid' kat tengah-tengah tu.
Sampai satu hari, aku pun dah boleh balik rumah. Nak dipendekkan cerita (pendek ker?), poksu tak ada lagi nombor telefon nurse tu. Nak disedapkan lagi perisa cerita ni, kebetulan ayah saudara baru sampai wad nak melawat aku. Kira ayah saudara yang mana merupakan anak ke-9 ni tak tau yang aku dah sampai rumah. Jadi alang-alang dah sampai sana apa lagi, sketsa meminta nombor telefon dari nurse tersebut dijalankan.
Setahun kemudian....
Kompang dipalu~ Pengantin baru~ ngehngehngeh.. sekarang nurse tu dah jadi moksu aku dah pun. Moksu dan poksu dikurniakan 3 orang anak lelaki. Dulu ada lagi seorang anak perempuan tapi dah menghembuskan nafas terakhir ketika berusia hampir setahun. Al-Fatihah..
Sebenarnya aku tak pegang apa-apa watak yang penting pun dalam cerita ni. Baby lagi kot, apa je la yang aku tau waktu tu.. aku harap hubungan poksu dan moksu akan berkekalan hingga akhir hayat, Amin..
15 Geng Banyak Bebel
so sweet.. indahkan jodoh dari ALLAH
ReplyDeletelepas ni bila lu masuk wad sila inform wa...kot2 la wa boleh bekenalan dgn mana2 nurse kat hukm tu...haha
ReplyDeleteSeronoknye dapat maksu nurse..hehe..
ReplyDeletehehe..so sweet .. :)
ReplyDeleteal-fatihah
dan semoga berkekalan paksu n maksu hingga syurga..amin.. :)
alo sweet nye cerita ni. hihi, suka suka! :D
ReplyDeleteswetnyer..tulah yang dinamakan jodoh :)
ReplyDeletesweetnya... jodoh kan, tiada siapa tahu... btw dik, kita sama la... dulu akak dapat rawatan di Isntitut Pediatrik HKL juga... :)
ReplyDeletesweet kisah diorang.. :D
ReplyDeleteKalau dah jodoh takkan ke mane ye dakk!! Hihi.
ReplyDeleteEh akak masih watak utama! Poksu akak takkan jumpe moksu akak tu kalau akak takde kat wad hihihi. Tapi watak yang sangat sangat utama adalah Allah. tanpa Dia, semua perkara tu takkan terjadi. =D
so sweet... hihihi ^__^
ReplyDeleteSubhanallah Subhanallah ! Indah kan aturan Allah. padahal iha yang sakit, baby lagi tu kan. apa la yg iha tau selain melontarkan suara nan merdu :P kekeke. Tapi itulah setiap dr kt ni Allah ciptakan ada peranan dan fungsinya tersendiri. Kerana iha sakit la poksu moksu pak kelepak kelepak pong pong.. hehe alhamdulillah :) *Allah mentakdirkan, kita sebab musabab je ^^
ReplyDelete*pssttt pahni kalau msuk wad, ajak akak tau.. kot la ade doktor nk main mata :PPP hahaha.
tersenyum je baca entry dik ni :D heee....Jodoh tu rahsia Allah kan...Semoga poksu dan moksu iha bahagia till Jannah :)
ReplyDeletetersenyum je baca entry dik ni :D heee....Jodoh tu rahsia Allah kan...Semoga poksu dan moksu iha bahagia till Jannah :)
ReplyDeletetak rugi buat baik...(tolong jaga anak sedara) kan dah dapat bini yang baik...=D
ReplyDeletewah~ sweetnya poksu n moksu akak .. semoga jodoh mrk berkekalan hingga ke syurga ..amin :)
ReplyDelete