Latest!

Fadhali Friday 2: Apabila Haiwan Menjadi Guru

Assalamualaikum..

Entri kedua dalam Fadhali Friday..

Sebelum tu jom baca surah Al-Kahfi dan fahami khasiatnya disini :)


Apabila Haiwan Menjadi Guru merupakan buku ke-4 hasil nukilan Ustaz Sahrulazmi Sidek. Aku suka buku ni, dengan gaya tulisan yang santai, penerangan yang mudah untuk difahami dan mudah untuk membuatkan aku ketawa secara drastik. Bagi aku cara beliau menyampaikan dakwah begitu 'sempoi'. Tengok cover buku ni pun boleh tahu tahap kesempoiannya kan?

Dalam buku kali ini, Ustaz Sahrulazmi memilih untuk mengupas lebih lanjut mengenai haiwan-haiwan yang telah disebut di dalam Al-Quran. Ada 24 bab semuanya termasuk bab khas. Ikhlas dari aku, semua tajuk yang diolah oleh beliau sangat menarik sampai aku tak tahu nak buat review pada bab yang mana satu.

Jadi aku putuskan untuk review sedikit petikan yang santai pada Bab 2: Sebodoh-Bodoh Lembu Pun Tahu Jalan Pulang... dan Bab 7: Diam Lebah Jangan Disangka Pengecut...

Dalam Bab 2 pada mukasurat 24 ada dijelaskan mengenai Bani Israel yang terlalu banyak bertanya:

Anda semua kenal lembu? Mestilah kita kenal. Mungkin kita kenal tetapi tidak kenal scara mendalam, kecuali tauke lembulah. Cerita lembu di dalam Al-Quran ini berhubung kait dengan Bani Israel. Apabila Allah memerintahkan kepada mereka untuk menyembelih seekor sapi betina, lalu mereka ini terlalu banyak bertanya. Orang sekarang kata banyak bunyi.

Kadang-kadang suka bertanya ni memanglah bagus sebab orang kata kalau malu hendak bertanya, nanti sesat jalan. Kan susah kalau dah sesat barulah nak patah balik. Lebih baik sebelum sesat jalan, janganlah malu hendak bertanya.

Pepatah Inggeris ada menyebut, "Prevention is better than cure" atau orang Melayu pula kata, "Sebelum nasi menjadi bubur".

Tetapi kalau sudah terlalu banyak bertanya macam Bani Israel, memanglah mereka sepatutnya tidak sesat. Tetapi yang sepatutnya boleh jadi mudah pun boleh jadi susah sebab banyak tanya.

Dah nampak suami penat sebab baru balik kerja. Basah kuyup bajunya dan peluh jantannya sedang mengalir deras. Patut ke isteri pergi tanya soalan macam ni,

"Abang penat ke, bang?"

Suami baru sahaja seminit keluar bertuala dari dalam tandas. Air mandi di badan tak lagi disapunya. Masih jatuh menitis-nitis. Sesuai ke hendak tanya,

"Abang mandi ke?"

Jawab sahajalah...

"Abang bukan mandilah, tapi dok tengah main golf."

Samalah juga puak laki-laki. Nampak isteri sedang tekun menghiris bawang merah, ada ke patut aju soalan macam ni...

"Ayang buat apa tu? Potong bawang ke?"

Kan dah nampak depan mata dia sedang khusyuk memotong bawang. Kalau tidak nampak tak apalah.

Nampak sudah kawan tu sedang terkial-kial potong ayam, sibuk hendak tanya,

"Potong ayam ke?"

Jawab ajelah, kak...

"Taklah, kan saya sedang potong abang."

Kemudian pada Bab 7 dalam halaman ke-106 aku ambik sedikit petikan mengenai lebah.

Lebah memberi manfaat yang sangat besar pada orang lain. Yalah, madu yang dikeluarkan itu bukannya untuk dirinya, tetapi untuk manusia. Menghasilkan sesuatu untuk orang lain dan bukan hendak makan sendiri-sendiri sahaja. Mana tak hebatnya, kalau sudah hasil produk semua orang boleh guna. Dengan istilah lain, hendak berkhidmat kepada orang lain. Boleh tak kita ambil teladan ni?

Kita hidup ni jangan asyik hendak pentingkan diri sendiri. Orang putih kata selfish. Cuma hendak pentingkan perut sendiri sahaja. Ha... hendak jawab sebab kubur sendiri-sendiri? Kalau ada yang cuba memberi jawapan tersebut, saya sudah sediakan jawapan mautnya. Memanglah kubur sendiri-sendiri, sebab itulah ia amat merbahaya pada kita jika kita buat sambil lewa.

Kalau kubur kita ramai-ramai saya tak risau sangat. Yalah, kalau lubang kubur kita ramai-ramai, senang sikit. Kalau Munkar dan Nakir datang hendak soal kita, kita suruhlah mana-mana antara kita yang alim, yang boleh bercakap Arab dan pandai sikit. Minta tolong dia settlekan soalan-soalan malaikat tu. Kita relaks ajelah. Sudah kubur ramai-ramai.

Tetapi sekarang ni kubur kita sorang-sorang. Jadi setiap orang kenalah buat persiapan masing-masing untuk bersemuka dengan Munkar Nakir sorang-sorang. Jadi janganlah rasa seronok dan hendak enjoy apabila kita tahu bahawa kubur sendiri-sendiri.

Selepas ini, kalau ada kawan-kawan kita hendak bagi nasihat atau hendak mengingatkan kita, janganlah marah pada dia bahkan kenalah ucap pada dia,

"Thank you, my friends."

Serius, aku suka cara Ustaz Sahrulazmi berdakwah. Seolah-olah buku tu sedang 'berbual' dengan kita. Harap entri yang panjang selepas diedit kepada isi yang begitu penting ini memberi manfaat buat semua. ^^


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
13 Comments

13 comments:

  1. baru tahu ..thanks for sharing ..best entry nie

    ReplyDelete
  2. heheh, nice sharing iha sayang :D

    *Psst, btw soalan panas apakah iha nak tanya akak tu.hehe..ok nnt ppe inbox kat fb akak ye syg ;)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ... org yg banyak tanya ni selalunya nak kan balasan atas apa yg dia buat . byk songeh lah org kata ... mmg susah nak cari org yg sanggup berkorban demi org lain tanpa sebarang manfaat hanya berlandaskan keikhlasan .

    ReplyDelete
  4. emmm mcm syiok je buku ni..nk try carik tgk la...heee:)

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik..ha ah la betul, cover buku pun dah nampak sempoi :)

    ReplyDelete
  6. betul tu.... sekarang ni pantang ditegur, melenting je.. subhanaAllah.. apapun, jangan kita berhenti mmberikan dakwah.. *ena bukanlah baik orgnya*

    ReplyDelete
  7. menarik cara awak cerita =)
    nak beli lah buku tu nanti. sempoi je..
    blogwalking^^

    ReplyDelete
  8. mmg menarik cara ustaz tu menulis....hehe

    ReplyDelete
  9. buku ni terbitan dah lama kan? heeeee..kita tak sempat nak beli..huhu.. kita suka baca review pasal bab dua..memang banyak bertanya sangat kalau tak kena keadaan mmg undang padah..nanti review bab lain ya.. ^^

    ReplyDelete
  10. nice sharing.. good iha.. =)

    ReplyDelete
  11. akak nak share y ni :)Kalau kubur kita ramai-ramai saya tak risau sangat. Yalah, kalau lubang kubur kita ramai-ramai, senang sikit. Kalau Munkar dan Nakir datang hendak soal kita, kita suruhlah mana-mana antara kita yang alim, yang boleh bercakap Arab dan pandai sikit. Minta tolong dia settlekan soalan-soalan malaikat tu. Kita relaks ajelah. Sudah kubur ramai-ramai.

    ReplyDelete
  12. iha !!! terrbaikk akak terpanggil nak baca jugak ! kena carik nii.. hehe thx adik mucuk XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017