Latest!

Lifes: Masa Depan Kami Bergantung Pada Undian Anda

Assalamualaikum..

Entri kali ni mungkin akan membuatkan aku menjadi manusia serius kejap *kerut kening sampai dahi berkedut 3 lapis*. Ia melibatkan negara kita.

Umum semua sudah mengetahui bahawasanya 5 Mei 2013 ini merupakan hari hujung minggu yang agak 'hebat'. Semua manusia berusia 21 tahun keatas kena memangkah mana yang menjadi pilihan hati. Aku taknak tanya korang undi warna apa. Undi adalah rahsia, dan itu hak korang untuk memilih.

Kalau taknak undi boleh tak?

No way! Untuk yang beragama Islam, korang kena ingat yang kita ni WAJIB pilih pemimpin. Dah 2-3 blog aku pernah komen perkara yang sama. Kali ni aku nak jelaskan lagi sekali. Tajuk mengenai adab pemimpin kepada rakyat pernah masuk bahagian adab pada buku Pendidikan Islam Tingkatan 5 (kalau tak silap, kalau silap sila betulkan).

Yang aku ingat dalam tajuk tersebut, rakyat harus menghormati kepada pemimpin yang sedang memimpin sesebuah negara. Walaupun kita tak suka pemimpin tersebut, kita tetap kena hormat. Kerana dalam Islam mereka adalah ketua kita. Sebab tu kalau kita rasa pemimpin tu tak boleh diharap, gunakan hak untuk menukar ketua tersebut.

Jangan kata macam kat bawah ni:

Manusia A: Arghhh, dulu dia janji nak bagi kita rumah percuma. Dah sepuluh belas bulan dia mentadbir, mana rumah tu?
Makhluk B: Ate, kamu ada keluar mengundi tak haritu?
Manusia A: Err, takde la pulak yop..
Makhluk B: Hah, padan muka lerr.. malas teman nak layan kamu. Makan durian lagi best.

Pergilah mengundi, itu tanggungjawab kita. Dan sila jangan silap pilih pemimpin, berdosa kerana kita tidak berjaya memilih insan yang betul untuk kesejahteraan negara pada masa akan datang. Mengundi dengan bijak tau. :)

Aku sorang je tak mengundi, takde 'effect' la Malaysia ni..

Silap, hang memang silap na.. dengan satu undian je, kemungkinan besar kita mampu menyelamatkan parti yang dipilih. Amboih, waktu AF dulu boleh pulak 'Afundi, Afundi.. AFundi sepuluh juta ratus kali', ni orang suruh pangkah je pun susah?

Err sebenarnya kan, I dengan sidia tak sehaluan dalam politik. Perlu ke I ikut jejak langkah dia?

Tak perlu. Untuk elakkan pergaduhan, kalau sidia tu agak obses dalam politik, biarkan dia berhujah sampai puas hati. Kalau dia tanya, jawab je yang korang sokong kata-kata dia. Waktu mengundi nanti undilah macam biasa, kelentong sekali-sekala tak salah kan? Tu sebabnya undi adalah rahsia.

Rakyat Malaysia terutama sekali yang dah berusia tu ramai yang ada penyakit darah tinggi. Bukan sebab masalah pemakanan je, tapi dek kerana terlalu kuat berdebat dalam hal-hal politik. Ni mengikut pengalaman aku la, diorang punya muka, telinga, badan semua merah dah ni tapi tak berhenti lagi berdebat. Takut aku. Jangan kerana politik kita hilang perasaan hormat sesama manusia. Sila kawal adrenalin anda semua ye..

Berbeza fahaman pun kalau ada jodoh tak kemana jugak kan? :)

Pesanan aku sebagai manusia yang masih mentah dan tidak layak untuk mengundi, undilah dengan bijak. Jangan mengundi ikut pendapat dan pandangan orang sekeliling. Undi ikut apa yang mata korang nampak dan sejauh mana kemajuan negara kita selama kita hidup. Bandingkan dengan negara lain, adakah negara kita betul-betul aman? Adakah negara kita betul-betul moden? Kalau moden kenapa masih banyak barangan yang diimport? Kenapa telefon cabuk aku kebanyakan dari China? Adakah mereka yang sedang memimpin ni mesra rakyat? Adakah kebajikan korang terjamin selama ini?

Jangan hampakan kami, kami budak bawah umur memerlukan bantuan anda semua.. :)

Aku nak tegaskan dalam entri kali ni yang sebenarnya aku tidak menyokong mana-mana pihak secara serius.  Aku dah berjanji sejak beberapa tahun lepas untuk tidak menyentuh sensitiviti mengenai politik dalam blog. Aku tak kuat untuk terima sebarang caci maki tentang politik. Jadi aku putuskan untuk berdiam diri. Bila sampai waktu aku layak mengundi, aku akan jadi seorang yang serius. Insya Allah jika dipanjangkan umur..


Seronoknya kalau macam ni, biar berbeza pendapat janji takde pecah belah sesama saudara Islam.

#Maaf kalau entri ini membuatkan sesetengah pihak terasa hati. Mohon maaf zahir dan batin.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
17 Comments

17 comments:

  1. undi hari ini..penetu masa depan kita..=)

    ReplyDelete
  2. FD takboleh nak ngundi lagi, sobsob T__T

    ReplyDelete
  3. suka tengok gambar2 kat atas.. kalau mcm tu kan bagus :) btw, sis first time mengundi tahun ni.. excited pulak^^

    ReplyDelete
  4. wah..yg gambar 1 tu memang smart la..hehe..
    sweet ja...
    betul..kita kena mengundi nanti parti itu ini menangn jangan banyak bunyi..huhu..
    jangan menyalak di belakang tapi tak tunaikan tanggungjawab..
    pilih pemimpin yg betul2 boleh memimpin n bertanggungjwab..
    last,selamat mengundi utk mereka yang boleh mengundi..hehe :)

    ReplyDelete
  5. betul tu iha, hak mengundi hak kita, kita berhak memilih siapa, yang penting negara kita tetap aman dan maju, begitu juga 1 undi, kerana 1 undi boleh merubah segalanya

    ReplyDelete
  6. hai done follow sini.. jom main makeup2 kat blog saya pula :)

    ReplyDelete
  7. hhaahah... yang berdebat sampai teliga merah tak tahan tu.. hehe.. betul dah tu. tak sabar pulak rasa nak balik mengundi.. Eh rasa nak buat post tentang mengundi la jugak... hot entri sekarang ni.. :-p

    ReplyDelete
  8. yeah terbaiklah iha
    betul tu..undi adalah rahsia
    eh..mkn durian tu kasi la sini jugak

    ReplyDelete
  9. terbaik !! saya pilih mengundi :)

    ReplyDelete
  10. kalo nak perubahan pucuk pimpinan, jangan lupa bgn awal2 5 mei nanti p mengundi :)

    ReplyDelete
  11. rasa berdebar nak memangkah ari ahad ni... first time la katakan...

    ReplyDelete
  12. yup sepatutnya tak kira parti apa pon yg memerintah masing2 kena beri kerjasama....malaysia bukan hak sesebuah badan atau organisasi tapi hak rakyat semalaysia tanpa mengira kaum.....

    ReplyDelete
  13. betul cakap akak . kita jugak yang akan disoal nanti kat akhirat . yang tak suke tu orang yang terlampau taksub politik sampai kutuk sana sini . tak reti nak berbaik-baik sesama ISLAM pulak tu . Hanya undi je mane pilihan hati . Mana yang terbaik, jadikan pilihan . Jangan hanya ikut nafsu . Ermm .

    #maaf kalau ade yang tersalah cakap . saya budak kecik lagi . tapii ... semua orang ade akal kan . :)

    ReplyDelete
  14. terbaik lah dear! ^_______^ Selamat mengundi buat semua! :)

    ReplyDelete
  15. i like! <.3 (aku pun budak bawah umur jugak)

    ReplyDelete
  16. betul tu Iha,,satu undi tu sangat penting kot..klu BF parti lain,,ikut la pndapat sndri...

    ReplyDelete
  17. first time akak nak mengundi..excited + neves..hehe..
    insyaAllah.. akk mengundi tak ikut sapa2..tp dari diri sendiri.. =)

    i love PM.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017