Latest!

Lifes: Petunjuk

Assalamualaikum..


Baru je 2-3 hari lepas aku buat entri Hargai Nikmat Perasaan PemberianNya, rupanya entri tersebut memang hint buat aku. Semalam aku ada banyak masa untuk berblogging. Tapi aku putuskan untuk tenangkan diri dulu. Taknak menaip dalam keadaan terbawa-bawa emosi perasaan. Tidur sekejap waktu petang, makan banyak-banyak, tengok tv dengan kakak sulung, dan berlatih buat doodle lagi.

Semalam terpaksa tinggal kat rumah sebab kesihatan aku tak berapa baik. Tak dapat ikut pergi Segamat. Rasa ralat jugak tapi nak taknak aku kena redha. Malam tadi aku tak boleh tidur, nak cuba tidur dalam pukul 1 pagi, try golek-golek tapi masih tak boleh. Mungkin sebab terlalu banyak berfikir, akhirnya berjaya jugak tidur hampir pukul 5 pagi.

Petang tadi sambung tidur balik, sebab tak cukup tidur pagi tadi. Kena selsema pulak, memang menguji kesabaran bila selsema masa tulang patah ni. Perut pun kosong je sekarang, sarapan pagi tadi dah ada 'hasil' dah.. bukan taknak makan, tapi perut taknak diisi pulak (gedik punya perut). Jadi aku 'puasakan' perut ni sekejap.


Apapun, terima kasih buat semua yang mengucapkan takziah di Facebook aku semalam. Tanpa korang, aku mungkin akan rasa lemah. Terima kasih..

Dan aku tak pernah lupakan 3 patah perkataan ni:

Mati itu pasti

P/s: Maaf kalau entri ni tak mampu membuatkan korang gelak terbahak-bahak macam sebelum ni. Entri lepas ni siaplah, aku buat korang gelak sampai nak buang air serta-merta.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
15 Comments

15 comments:

  1. tak tahan betollah ayat last sekali tu . okay dina cabar akak emma . kalau dina tak ter-buang air serta-merta , akak dapat kepsi . :p

    #pape pon tabah ye kak emma . mmuah ! *flying kiss*

    ReplyDelete
  2. kuatkan semangat yer iha :)

    ReplyDelete
  3. oooh selesema mmg tak best...apa2 pun semoga cepat pulih.....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ... akak sentiasa mendoakan iha sihat ... walau apa pun keadaannya , jangan abaikan makan . sikit pun jadilah ya ...

    ReplyDelete
  5. Iha rehat banyak2..dan ingat,,dunia bukan syurga..sabar ekh Iha..in sya Allah.. syurga tempat kita..sa

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh ye dik :)

    ReplyDelete
  7. Get well soon ya.. Take care..

    ReplyDelete
  8. akak baru tau iha syg...Takziah buat iha dan keluarga ya...Semoga iha kuat... jaga kesihatan tau dear!!! syg iha ketat2!

    ReplyDelete
  9. iha...moga cepat sembuh juga ya....

    ReplyDelete
  10. jom komen entry sya yang ni , sya masuk cpntest komen terbanyak :)

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

    ReplyDelete
  11. maaf kenapa dengan iha, exsiden? KY tak tahu ni..maaf, ap2 pun semoa iha cepat sembuh ok..

    ReplyDelete
  12. bagus buat renungan.. salam ya.. dari blogger Indonesia.. :)

    ReplyDelete
  13. kenapa iha? akak tak tahu apa2 pun pasal kat facebook..huhu..dah deactive.. apa2 pun baca komen2 yang lain tu..akak ucapkan salam takziah ya..

    get well soon ya. :) n jangan lupa makan.. nikmati sementara ada kesempatn utk merasa..huhu :)

    ReplyDelete
  14. moga kuat semangat dan cepat sembuh...
    mati itu pasti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017