Latest!

Lifes: Mimpi Yang Tak Boleh Blah

Assalamualaikum..


Cerita kali ni adalah luahan hati aku terhadap mimpi pada malam semalam. Mimpi ni adalah mimpi paling adventure dalam seumur hidup aku. Stres aku dibuatnya!

Dalam mimpi tu, aku ada kat hospital. Hospital mana entah. Aku tengah tunggu giliran untuk dipanggil, jadi aku pun pergi la kat salah sebuah kerusi kosong. Oh sebelum tu nak bagitau, dalam mimpi tu aku boleh jalan tapi kaki terasa sakit. Mungkin dalam masa yang sama di alam realiti aku tengah lipat-lipatkan kaki kot :D

Kalau tak silap cuma ada 'seketul' kerusi je yang kosong tapi kat sebelah kiri ada lelaki berambut panjang dan sebelah kanan ada lelaki India. Kalau aku duduk ada kat tengah-tengah la. Masa nak duduk tu, tiba-tiba baru aku sedar yang aku tak sampai nak panjat kerusi tu (dalam mimpi pun pendek? HAHAHA).

Tapi aku taknak mengaku kalah, aku panjat jugak sedaya upaya. Mula-mula lelaki berambut panjang tu nak tolong tapi aku halang. Tiba-tiba lelaki India tu terus rentap tangan aku. Aku terkejut.

Aku: Eh apa ni?!
(sambil tarik tangan laju-laju)

Lelaki India: Saya mau tolong la.

Aku: Takpe saya boleh buat sendiri.

Lelaki India: Bagi saya tolong la.

Aku: Takpeee, saya boleh panjat kerusi ni sorang-sorang.

Lelaki India tersebut terus menarik kasar kedua-dua tangan aku sambil cuba mengambil kaki aku sekali.

Aku: Hoi apa ni?! Lepas la!!

Lelaki India: Salah ka saya mau tolong?!!
(dia pun nak marah jugak....)

Aku: Saya kata tak payah, tak payah la! Awak tak tahu ke doktor tu cakap tak ada sesiapa pun boleh usik saya????
(sambil tuding jari kearah doktor yang berada di kaunter, entah siapa-siapa la doktor tu)

Lelaki India: Baik, saya akan tanya itu doktor. Kalau awak tipu, tahu la apa saya nak buat.

Gulp! Tertelan air liur aku. Masa dia pergi ke kaunter tu, aku baru nak melangkah setapak untuk larikan diri. Sekali dia sound:

Lelaki India: Awak jangan nak lari aaa. Nanti saya kejar awak!

Aku pun berdiri tegak. Masa dia dok khusyuk tanya doktor, aku pun terkangkang-kangkang cabut lari! Telinga aku sempat menangkap jawapan doktor tersebut. Beliau tak bagi lelaki India tu usik aku. Wahaha..

Masa nak lari tu, ada 2-3 je jalan yang ada untuk aku lepaskan diri:
1. Aku kena menyorok kat balik langsir satu sudut hospital.
2. Aku kena jalan terus, tapi risiko tinggi kalau jalan terus sebab nanti senang nak nampak dari jauh.
3. Keluar dari pintu utama hospital.

Aku pilih no.1, dah tak boleh fikir apa dah waktu tu. Tiba-tiba lagi, aku dengar bunyi tapak kaki yang semakin lama semakin kuat kat belakang aku.

"DUM! DUM! DUM! DUM!" itulah sound effects tapak kaki tersebut. Aku dah tak cukup nafas + kaki makin sakit. Akhirnya aku rasa lelaki India tu betul-betul dah ada kat belakang aku. Bila aku berhenti lari....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku terus berjaga dari tidur. Fuhhh, jantung aku pun laju gila berdegup. Aku ambik keputusan untuk terus bangun waktu tengah malam. Apa motif entah dapat mimpi macam tu. Bila fikir balik, aku gelak sorang-sorang sampai semput.

Ada seorang blogger terkenal cakap, mungkin mimpi tu bermaksud aku tengah larikan diri dari seseorang, kemudian orang yang kita nak elakkan tu pulak masih tak faham-faham bahasa nak datang kat kita. Terdiam sekejap aku, beliau cuma teka je tapi bila aku fikir ada logik jugak.

Memang dua tiga kucing berlari ehh dua tiga hari ni aku tengah larikan diri dari seseorang. Walaupun aku tak boleh lari tapi aku ada hak untuk 'larikan diri'. Tapi bagi aku, mimpi tetap mimpi. Tak nak terlalu percaya sangat.


P/s: Katakanlah TIBA-TIBA kita teringat kat sesuatu kenangan paling best dalam hidup tapi kita tak bagi sebarang reaksi. Muka kita dan hati kita tak rasa sedih langsung tapi airmata laju je menitis, apa maksudnya ek? Takde kena-mengena dengan aku, saja tanya :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
16 Comments

16 comments:

  1. adventure gileee aaa mimpi akak tu.. dina yang baca ni pon lenguh lenguh dibuatnye bila akak kata "kaki sakit" tu. serta merta kakiku lenguh...

    memang tak terdaya kalau ade yang nak kejar kita waktu kita tengah lemah. ya saya paham itu muehehe.

    ReplyDelete
  2. Bila tersedar dari mimpi buruk, memang tercungap-cungap macam tak cukup nafas kan rasanya. Rasa letih ya amat !

    ReplyDelete
  3. ehemmmmmmmmm.. hihi menjadi lelaki india kah si dia ??????? tettt melarikan diri dr si dia kah ?? tetttt. sekian :P

    ReplyDelete
  4. kak puteri rasa iha mimpi macamtu sebab iha banyak berfikir..selalunya bila kita banyak fikirkan tentang sesuatu situasi atau perkara..ianya akan terbawa dalam mimpi.

    p/s airmata laju menitis mungkin sebab kita rindukan kenangan itu

    ReplyDelete
  5. ehehe, sweet laa mimpi iha.. :D
    hmm, nak jawab soalah iha bawah skali tu, kalau dah macam itu makna kata, iha sedang merindukan seseorang, tp xnak mengaku, bila ingat dekat kenangan or orang tersebut sbb tu laa airmata tu senang je jatuh...huhu

    ReplyDelete
  6. haha camne lah lelaki india boleh masuk dalam mimpi ni ayoyo...ni mesti sebab byk sgt tgk citer hindustan ni....hahahaha

    agaknya, lu nak lari dari siapa tu eh? hehe

    PS: ape pelik je soalan teringat kenangan tetiba mengalir air mata tu? pasal terharu dgn kenangan tu la kot....tu yg kuar air mata....

    ReplyDelete
  7. salam zaliza :)

    hahaha...ada2 jer laa mimpi zaliza nih...:) tido baca doa tak nih? hehe

    ReplyDelete
  8. salam zaliza...abg ayie lupa nk minta no phone utk urusan pos...letak kat komen GA ya :)

    ReplyDelete
  9. Bubbly & Associates Giveaway telah bermula... sila lihat di sini...

    http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway_6.html

    dan juga senarai peserta di sini:

    http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/senarai-peserta-bubbly-associates.html

    sponsors juga boleh join jika mahu! ^_^

    ReplyDelete
  10. dik iha syg, akak tag dik!
    Jom join sekali ^_____^

    http://seneoritabaharin.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway.html

    ReplyDelete
  11. mesti bangun je dari tidur, rasa penat sangat sangat kan dear..... ena pernah juga mimpi adventure, bangun2 terus mengah

    ReplyDelete
  12. ennnncakkk.. kiyomi!

    he3.. dasyat tul mimpi.. tentu berdebor2 dlm mimpi 2 kan.. mcm real jea kan.. hih3...

    nk g tau, teman udah tersedia follow blog yg cumey ni.. teman dari segmen farah bubbles tau.. he2
    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway.html

    ReplyDelete
  13. Nunu pernah mimpi, lelaki yang Nunu minat kejar Nunu dalam mimpi. macam nak mati lari~. pastu bangun dari tidur rasa macam termengah-mengah. -.-' ish3

    ReplyDelete
  14. hehe...bru lepas cerita mimpi tadi..saje blogwalking baca mimpi orang plak..:)

    ReplyDelete
  15. hehe..baru lepas story mimpi malam smlm..kali ni blogwalking baca mimpi orang plak..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017