ยญ
ยญ
Lifes: Kenapa Aku Senyap? - Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising

Lifes: Kenapa Aku Senyap?

By iha - 4/20/2013 04:37:00 PM

Assalamualaikum..

Ahad lepas aku ada buat entri Senyap Lagi. Kenapa aku nak senyap?

1. Berlatih violin

Aku kan buta note muzik. Jadi kenalah berusaha sampai tercungap-cungap kalau nak main sesuatu alat muzik. Macam violin, aku susah nak hafal sesebuah lagu tu melainkan berlatih main selama setengah jam. Kalau berhenti berlatih, terus lupa. Lagipun sekarang ni Google Play Store dah sediakan aplikasi violin secara penuh. Selama ni kalau nak full version kena bayar 99 sen USD. Konfem aku tak sanggup nak bayar. Ni tiba-tiba dia bagi tempat tekan note secara menyeluruh. Memang main violin sampai puas hati la..


2. Belajar teknik baru dalam gitar


Ni pun salah satu aplikasi dari Google untuk telefon murah macam aku. Ada solo dan chord. Dulu selalu main versi chord, tapi mengenangkan aku takkan pandai sampai bila-bila kalau tak usaha, jadi sekarang dengan gigihnya aku guna solo pulak. Alhamdulillah dah ada satu instrumental, tapi jadikan lullaby untuk diri sendiri dulu.. sebab aku masih terlalu jauh untuk belajar pasal gitar.. aku kena ada trademark untuk muzik aku sendiri. Tu yang aku tengah cari.

P/s: Lagu untuk juara Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 tu pun dah siap jugak, tetttt..

3. Doodle

Doodle aku makin lama makin teruk. Makin takde kemasan. Tangan aku tak boleh buat garisan dengan baik. Dalam banyak-banyak kerja yang pernah aku buat, melukis doodle yang paling mengecewakan aku. Bakat takde kat situ, huhu.. mungkin mak tak sampai hati tengok anak dia ni frust menonggeng, jadi keluarlah ayat-ayat positif lagi efektif dari beliau:

"Ala, cuba lagi.. ni dah ok dah ni."

"Kamu kan baru je belajar. Ok la tu.."

"Mata dia tu macam hantu la.."

Tengok, disebalik pujukan yang diberi, sempat lagi selitkan kritikan. Haha.. tapi memang betul pun. Aku kalau lukis doodle suka buat mata sebesar-besar alam. Jadi dalam ketensionan melanda akibat tak pandai buat doodle, TERhasil la sebuah doodle mengong ini. Aku gelak gila sampai semput.

Mak pun tak pasal-pasal asthma lepas tengok budak gigi dua batang nih.. sejak dari tu mak panggil aku "budak doodle".

4. Cari nafkah :P

8Share ni aku baru aktifkan balik kelmarin (Khamis). Tahun lepas sibuk jugak dengan SAYS ni tapi lepas tu rehat kejap. Ni dapat sambung balik sebab baru ingat password. Hehe.. tahun lepas dapat la jugak gaji dekat RM300 dalam masa sebulan, alhamdulillah.. :)


Yang bawah ni pulak duit ChurpChurp aku harini. Setelah kumpul sejak dua bulan lepas.. aku harap dapat RM100 sebelum harijadi mak aku. Nak buat kezutan lagi ni..


5. Buat game

Okey, tujuan asal nak belajar macam mana nak buat header bergerak-gerak. Bukan format GIF tapi SWF. Alaa format yang sama dengan game online tu. Aku ni kan tak pandai, jadi aku kena la belajar betul-betul macam mana nak buat sesuatu objek tu ikut cursor/mouse. Tapi akhirnya hampa je hati ni, airmata aku menitis laju sambil menguap tanda otak dah penat belajar. Jadi aku batalkan niat sekejap nak belajar.

TETAPI, secara tak sengajanya, aku TERjumpa software yang bernama Game Maker. Cara nak buat game, err.. ala-ala game tape dulu. Walaupun 'ala-ala game tape', tapi tetap susah nak buat.


Aku dah cipta satu game dan hasilnya HANCUR! Huahaha..

6. Tengok TV6

Ni lagi satu hal, aku punya la tengah rajin menuntut ilmu tak formal ni kat internet. Tiba-tiba tanpa aku perasan, masa nak install Sothink SWF Quicker tu, aku TERinstall Torn TV. Bukan TV Kak Ton yang comel tu ye.. :P Aku tak tau TV streaming mana yang aku rembat ni, tapi cuba jugak godek-godek tengok ada siaran apa. Banyak la jugak pilihan yang dia bagi. Tapi kesudahannya aku melekat pada TV6 - Progressive Rock. Rock Televisyen 6 dari Itali. Takde la progressive sangat pun muzik dia. Jadi bila datang bosan je terus tukar TV lain pulak. Yang bestnya ada 7 siaran rock. Bila mak nampak je aku bukak Torn TV ni, mak cakap:

"Habisss, budak ni mesti takkan buat kerja jap lagi."


7. Kaki patah dan besi kat tangan nyaris terkeluar


Gambar yang akhir sekali ni adalah jawapan kepada kenapa aku tak dapat lukis doodle dengan baik. Minggu lepas tangan aku TERlanggar meja, dan tak lama lepas tu aku rasa besi dalam tangan macam dah bergerak sikit. Bila tengok, rupanya besi tu dah nak terkeluar. Dah ada tanda-tanda nak tembus ke kulit.

Dulu dah 2 kali ada pengalaman besi timbul betul-betul kat kulit (kulit dan besi bergesel kalau bergerak) dan 2 kali kulit terkoyak sebab ketajaman besi sampai ada bisul. Jadi mengikut pengalaman yang ada, aku cepat-cepat cari bandage, micropore tape dengan wet tissue. Tisu lembap pengganti kapas sebab gauze dah lama takde. Stok habis la senang cakap, lagipun lama dah aku tak kena macam ni, jadi ubat-ubat ni dah lama tak wujud kat rumah. (ayat belit-belit)

Berbekalkan ilmu hitam ilmu perubatan yang tak seberapa, aku belajar buat sendiri. Cara nak elakkan dari terus rasa sakit akibat besi bergerak dan terus-terusan mencucuk kulit tanpa kompromi, aku ambik tisu lembap tapi kena keringkan dulu. Tisu lembap kan lembut macam kapas, jadi mudah sikit nak balut bila tisu dah kering. Kegunaan tisu lembap ni untuk mengelakkan kulit berasa gatal ketika menggunakan pembalut (bandage).

Dah letak tisu lembap, baru balut dengan bandage. Bandage yang dah sedia ada ni pelik sikit, rupa macam handsocks, jadi aku kena ketatkan betul-betul bandage ni ikut saiz tangan aku. Bila ketatkan balutan, besi dengan tulang tu tak rasa sakit sangat sebab tak dapat nak bergerak bebas. Tapi takde la ketatkan sampai biru tangan..

Kat kaki pun aku buat macam tu jugak, dah dua minggu kaki ni patah. Selalunya ambik masa sebulan lebih untuk sembuh. Tak lama lagi baik la ni..

Jadi selepas mengadakan mesyuarat PIDA (Persatuan Ibu dan Anak, LOL), aku cadang nak pergi hospital dan buat operation dalam masa terdekat, nak potong sikit besi yang hampir terkeluar ni. tunggu lepas PRU nanti dan kalau boleh sebelum bulan puasa. Malas nak ganti puasa banyak-banyak :D

Wooo panjangnya aku taip. Kata tangan sakit tapi menaip mengalahkan Mak Jemah. Telenovela pasal kisah aku tu entri lepas ni pulak okey. Dan perkara yang sangat penting aku nak bagitau, aku akan blogwalking ke blog korang dengan kelajuan siput sedut. Keadaan tangan tak mengizinkan.. sabar tau :)

  • Share:

You Might Also Like

12 Geng Banyak Bebel

  1. Ya Allah..kesiannya Iha..so, sekarang ni dah ok? about d rm300 sebulan,, gud2.. harap Iha baik2 jer Ok.. :)

    ReplyDelete
  2. Terbahak-bahak dina ketawa kak . Abang dina pon heran tengok . Mungkin dia pon takut tengok dina gelak sensorang dah hahaha .

    #akak ni dalam dok sakit boleh lagi wat lawak ek . Dina pon tak reti . Sememangnye akak ade bakat tapi keadaan yang tak menginzinkan . Cube lagi mesti boleh . Sampai boleh buat tempahannn waaaaaaaaaaaa ! *nganga luas*

    ReplyDelete
  3. oh gitu ceritanya.. ahaha..panjang lebar benor..nasib baa dari awal sampai habis..hehe..ngeri baca pasal besi nak tekeluar tembus kulit. T_T

    ReplyDelete
  4. penceroboh dh dtg ni hekhek tu lah dia suh beli majalah yess pe hehe

    ReplyDelete
  5. wahhh..panjang update..all in one ni ye.hehe

    ReplyDelete
  6. Ena betul2 kesiankan sis, ngerinyaa baca yg besi tu nk terkeluar apa semua, tapi ena bangga dengan sis.. sangat tabah dan ingin mncuba benda yang baru... ena pun tak ada semangat macam sis.. sooo sila teruskan bersemangat ye...

    ReplyDelete
  7. amboi..... mmg panjan entri iha kali ni.. tapi akak baca sampai abis jugak! btw dear, ngilu akak dgr besi2 tu... ada besi ke ganti tulang dik? sori ya... akak busy sikit beberapa hari ni sbb banyak tempahan doodle.. ni pun rehat japp.. ada lagi belum buat.. hehe.. oh ya, ni akak ada buat tutor lukis doodle... psot pagi tadi : http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/tutorial-video-melukis-dodle.html

    ReplyDelete
  8. Alaaa...akak buta muzik..hahah.. Serius Iha?? Kaki patah? Besi nak terkeluar?? Kalau akak dah lama fengsan.. Bila baca entry dik Iha ni rasa macam xsakit je...padahal sakit ya amat kan? Semoga dik Ihaa cepat sembuh.. Kagum dgn ketabahn Ihaa hadapi dugaan dunia.. Sedih la pulak..

    ReplyDelete
  9. okey tergelak tgk doodle tu tp xpe..keep it up..hehe and hopefully cepat sembuh..ngilu dgr bila besi terkeluar tu...kalau sy xtau la...kamu mmg tabah & kuat..:)

    ReplyDelete
  10. cantik doodle tu,, :D boleh buat saya tersenyum dan terkejut.. :D eheh
    alla... tangan akak berbalut??
    bhya ke tu ?

    ReplyDelete
  11. hehehe doodle yang cute ..kelakar la

    ReplyDelete
  12. hehe tu la patutnya kena kurangkan aktiviti tangan....

    ReplyDelete