Latest!

Talkative Tuesday 1: Saya Si Pengumpul Notebook

Assalamualaikum..

Permulaan pertama bagi entri pertama dalam Talkative Tuesday. Sila jangan terkejut dengan kepanjangan entri ini :3

Berbuih la mulut aku kalau kumpul komputer notebook tu, mano den mampu haa..
Benda alah ni je yang aku mampu beli dan serius aku suka sangat kat benda ni..

Tadaaa~
#sila abaikan objek-objek asing di belakang itu

Aku suka buku nota, buku nota adalah buddy aku sebelum ada laman sosial bagai ni. Jumlah kesemua buku diatas baru ada 39 buah (39 jerr). Aku cakap kat adik tadi: "Aku cuma perlukan satu je lagi buku untuk cukupkan 40 buah," dan dengan selamba badak sumbunya dia letak buku latihan dia kat situ lepas tu snap. Choi!

Ketagihan ini mula tersemat dalam hobi aku ketika berusia 12 tahun. Ini semua gara-gara dapat buku nota Barbie dari funfair. Adik lelaki aku yang dapat buku tu (mohon gelak berjemaah) sebab tu dia bagi kat aku. Aku pulak mana la reti nak pakai buku lawa-lawa ni.

Dalam ketidakRETIan menggunakan buku nota, maka benda pertama yang aku letak dalam buku tu adalah gunting keratan akhbar dan tampal sampai lebam. Keratan apakah? Sudah semestinya gambar-gambar dari mamat ini:


Hihi.. beliau adalah artis yang aku kipas susah mati sejak sebelum akil baligh sehinggalah badan aku gemuk (takde kena mengena). Beliau jugak la yang banyak menghabiskan masa aku untuk menggunting segala keratan akhbar yang ada gambar beliau. Gunting kena cantik, kalau tak nanti tergunting rambut rebonding tu..

Err.. dulu pernah sekali kot aku TERgunting sampai ke dahi, haha..

Suka pada buku nota mula wujud secara mendalam bila mak hadiahkan benda ni masa hari jadi aku yang ke-13. Beberapa bulan kemudian mak belikan lagi buku nota, semakin hari semakin jakun la aku bila nampak buku yang cantik amat tu.. hehe..

Lawanyaaaaaa >_<

Jadi sejak dari tahun 2007 tu, aku suka beli buku nota kat mana-mana kedai yang ada jual. Mesti la beli kat kedai yang ada jual buku nota kan, takkan la nak beli buku nota kat KFC pulak.. asal nampak lawa je beli, asal yang aku beli je nampak lawa, ceh.. kadang-kadang kalau kat sekolah ataupun kat hospital ataupun masa shopping tu aku akan diberi 2 pilihan:

1. Guna duit untuk beli makanan
2. Guna duit untuk beli buku nota

Sah-sah aku pilih nombor 2, sebab kalau beli buku nota automatik aku akan rasa kenyang, haha..

Kegunaan buku nota? Mesti la nak tulis diari, fewitt.. apa yang aku nak tulis aku tulis.. masa umur baru nak masuk sekolah menengah ni ramai orang suka menilai aku macam-macam. Contoh pasal penyakit, jadi aku tulis apa yang aku tak puas hati pasal manusia tersebut.

Kelebihan guna buku nota: Sentiasa memperbaiki penulisan dari semasa ke semasa.. maklum ler tak pernah dapat A dalam BM..
Keburukan: Duit habis weii..

Tiap-tiap tahun hadiah yang selalu aku dapat adalah buku nota. Bak kata mak jimat duit.. :D

Dalam 39 buah buku tersebut, boleh kata tak sampai separuh dari keseluruhan buku tu dah aku gunakan. Kalau guna pun MESTI TAK HABIS satu buku tu. Bila ada buku baru je terus pakai yang baru. Nampak tak kegelojohan aku kat situ. Haha.. lagipun aku memang takkan dapat menulis secara komited sebab tangan mesti akan patah lepas menulis, tanda tangan tak kuat.

Kalau bab jenis buku nota yang aku nak, aku memang tak memilih. Walaupun kebanyakannya selalu dapat buku nota kartun Disney, Barbie dengan Hello Kitty (ni kalau kawan-kawan rock tau mau kena ejek selama setahun), aku tetap terima. Dari segi harga dan jenama pun tak kisah. Aku lebih suka cover yang vavavom tapi dalam dia kosong sebab senang nak tulis.

Apa yang pasti, mengumpul buku nota memang satu kepuasan bagi aku. Perasaan puas tu sama macam orang perempuan beli baju 10 pasang, heheh.. jadi kalau korang nak hadiahkan aku buku nota, memang aku takkan tolak. Hadiah anda sentiasa dialu-alukan.. :P

P/s: Masa nak tekan publish entri ni, baru aku teringat yang ada 2 buah buku nota lagi yang aku TERtinggal dalam gambar. Jadi jumlah kesemuanya adalah 41 buah, ngee~


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
28 Comments

28 comments:

  1. panjangnya artikel hehehe nice...

    - Admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - Facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog artikel @ Facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    ReplyDelete
  2. salam iha..dulu akak pun ada minat kumpul notebook yg colourful segala..maklumlah girl kan..memang pantang mata tengok stuff yg cantik2 belaka..singgah mall ja nampak yg cantik campak masuk troli..hehe..padahal tak guna pun...simpan terperap ja..kalau tak diguna me sedekah ja kat adik2..huhu..sekarnag hobi kumpul2 barang nie dah pupus dlm diri..hehe.. (*panjang tak komen kita..ngee..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam kak Nana.. hehe kannn.. iha pun kalau rasa buku tu lawa sangat tapi tak gunakan better bagi kat orang lain, sebab nanti buku tu akan jadi buruk gak kalau simpan lama2..
      #komen anda memang osem :D

      Delete
  3. Nak tergelak la baca part tergunting dahi tu hahaha!!!

    Tangan akak patah ke waktu menulis? Kalau taip kat keyboard laptop macam mane???? *penuh tanda soal dalam kepale hotak ni haa*

    Dina pon suke jugak yang cover cun meletoppp tapi dalam kosong... Kalau dalam dia corak banyak, takde space nak tulis kan kannnnnnn. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, sila gelak.. takde siapa halang pun dik :D

      Yup dulu akak tak boleh menulis secara kerap.. kena selang seli sikit.. nak menulis satu perkataan pun terkedek2, hihi.. tu yg gigih kumpul duit beli laptop, terus mcm sihat pulak tgn ni haa.. :D

      Betul tu Dina, buat menyemak je kalau ada aksesori bagai dalam buku tu.. ehh kat sini pun akak balas komen Dina panjang gak, hiks..

      Delete
  4. aku pun ada juga book note, ada tu sampai tak sanggup nak tulis kat book note..hahah..sayang punya pasall....tetapi lama2x berabok je, tulis jugakkk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul tu bro, aku pun rasa sayang gak nak pakai.. tapi bila tgk buku2 tu berhabuk terus aku pakai tanpa kompromi lagi, haha..

      Delete
  5. Ihaa.. tu lah terkagum gak, igt notebook komputer haha..pehh manyaknyee notebuk.. akak pn suke tgk notebuk cntik2.. hehe leh laa akak kasik tambah koleksi iha.. ehemmmm xpecaya iha peminat zamani. hihikss kesian beliau tergunting dahi ~

    #kem salam mucuk2 kat mak iha ye, smg cpt sembuhhh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh botak le iha kalau minat kumpul notebuk tu, haha.. tu berkat duit sekolah habis la ada buku byk tu, hikhik.. dulu memang minat gila babas kat dia, tapi sekarang dah minat kat Fatih Seferagic lak :P

      #Amin.... maceh akak sayam :)

      Delete
  6. perghhhh gemar ye kumpul buku nota ni.. ena guna fon je sekarang sebagai buku nota ena or lebih dikenali buku peringatan ena.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah suka sangat, duit perabis beli menatang ni je kerjanya hehe.. sama la kita kak Ena, iha ada buku tapi last2 buat checklist kat enset gak :D

      Delete
  7. mulut pacman dtg komen cni..samalah..akak pun pengumpul barang2 tegar ==" entah kenapa suka sangat jadi pengumpul tegar..setiap kali balik rumah,tengok barang2 lama y dah terkumpul,sedih sendiri.. Emosional,terkenang masa2 lalu brkaitan dengan benda2 lama yang terkumpul tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa yang tu iha setuju sgt2.. bila tengok balik barang2 yg kita simpan kan, mula la sebak melanda diri.. hehe..

      Delete
  8. wah banyak betul.. sis shad ada banyak jugak buku nota.. tapi dah lesap ke mana dah semuanya. every sem, ada dalam dua buku nota tebal. sekarang dah sem enam, kiranya ada 12 buku nota yang penuh dengan ilmu-ilmu + conteng2 sebab ngantuk time lecture... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh 12 buku?? Bestnyaaa.. dan yg pasti kalau tgh belajar, buku conteng memang wajib ada kan sis.. :D

      Delete
    2. yes, betul.... hehe. macam2 karikatur dah kat note book tue.

      Delete
  9. wa kalau masa kecik2....buku2 nota akan bertukar menjadi nipis...pasal wa suka koyak2 buat origami... :P

    PS: wakakakaa....nak gelak pasal Hello Kitty tu.... :DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huish, sakit mata wa baca ayat 'koyak2' tu.. haha..
      Gelak la, gelak la sampai puas, nak majuk! :P

      Delete
  10. MD suka kumpul stem.. Huhu.. Btw, kalau kumpul buku nota memang xkan habis la kan.. I wish i could see your collection in another 5 years.. Beratus dah pa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MD.. kalau kumpul memang xkan habis kecuali kalau en.lipas yg makan, haha.. 5 tahun lagi? hope takdak org sabotaj la.. :)
      #stem pun best gak, sy dulu selalu curi2 ambik setem kawan, hehe..

      Delete
  11. tu lah...ingtkan notebook komputer..hihi..tp yg ni pn ok jgk..akak pn suka..tp banyaknyaaaa koleksii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, iha bakal botak mediterranean kalau kumpul komputer tu.. takde la byk pun, konon2 beli buku ni sbg pengganti utk iha yg memang x keluar rumah, hehe..

      Delete
  12. bella pun suka kumpul buku nota kak . suka beli beli beli tapi sayang nak guna . haha ! hasilnye , simpan je la . mmg pantang sgt tgk buku nota yg cover dia comel2 , mmg terus beli !

    ReplyDelete
  13. wah.. ada juga pengumpul notebook ye..hehehe

    ReplyDelete
  14. haha terbaik lah..jrg jumpa pengumpul tegar notebook...
    #tetiba teringat koleksi setem akak yg sudah dimakan anai2..tskk~

    ReplyDelete
  15. dik..minat kita sama..akk ni nama je dah hbis sekolah, kalau pergi tmpat shopping, akk paling suka tmpat alat tulis. pastu cari buku note ni.. akk beli je..pastu syng nak guna..hhehee

    nti akk cari buku2 tu balik, blh tayang mcm iha..haha.. tapi xla bnyak pun mcm koleksi iha ni.. ;)
    minat kumpul pun dari sekolah rendah juga.. ;)

    ReplyDelete
  16. seriously kak..minat kita sama..Sama sangat2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017