Chapter 4: Rawatan Pesakit OI Pada Tahun 90an

By iha - 4/25/2013 05:39:00 PM

Assalamualaikum..

Aku ni kan, masa chapter 1 lagi dah eksaited nak cerita pasal OI. Tup-tup, petang ni aku blur je. Tak ingat apa sambungan dia. Haih.. jadi sementara masih ingat ni, aku nak taip laju-laju. +Mar Haini Abdul Rahim, sila jangan babap saye.. :P

Bab 4 adalah sambungan kepada selepas aku balik dari wad di Chapter 1.


Masa dok kat rumah, aku masih meneruskan aktiviti 'nyanyian soprano'. Hehe.. asal aku 'menyanyi' je maknanya ada la yang tak kena tu. Lagi-lagi masa baby, perasaan nak bergerak, merangkak, berdansa semuanya ada (berdansa tu aku je sorang je kot). Jadi selalunya dulu tulang aku patah sebab dalam proses nak belajar merangkak. Alternatif yang terpaksa digunakan masa tu ialah kena letak bantal di sekeliling aku.

Patah memang tak mengira waktu. Kadang-kadang pukul 2-3 pagi. Mak abah terus bersiap hantar aku ke hospital. Jarak Cheras dengan HKL boleh kata dalam setengah jam. Kenderaan yang ada waktu tu cuma motor je. Dan aku memang tak boleh lupa macam mana mak pegang aku masa dok atas motor. Beliau TERpaksa control badan beliau dan badan aku yang dah patah tu tanpa pegang suami beliau yang tercinta. *potong bawang*

Iklan jap, tiba-tiba aku terbayangkan pepperoni cheese. Nomnomnom~

Waktu perjalanan nak ke hospital pun tak semestinya cerah. Mak dukung aku yang baring terkulai menghadap langit. Bila hujan lebat ofcoz tempias kena muka aku, air hujan dah berapa kali masuk dalam mulut. Sedap wa cakap sama lu, macam ayam goreng, wawawa..

Bila pergi hospital, doktor tak dapat nak bagi apa-apa rawatan selain pasang simen dan ubat PCM sirap tu. Kejadian ini berlarutan sehingga aku berusia hampir setahun. Keluarga aku putuskan untuk tidak menghantar aku ke hospital lagi. Bukan apa, bila patah ni kita tak boleh usik tempat yang sakit tu. Nanti masa nak tumbuh baru tulang tu akan bengkok dan tumbuh ke tempat lain. Jadi kalau asyik ulang alik lepas tu dah takde rawatan kat hospital, baik tak payah pergi lagi.

Kisah aku memang heboh sampai ke seluruh kem. Jadi makcik-makcik seluruh alam dan setiap pelosok dalam bangunan kem tersebut memang bersimpati dengan nasib aku. Tapi apakan daya, cadangan mereka dalam mengubati kesakitan tidak memenuhi piawaian penyakit aku. Diorang suruh aku pergi BERURUT! Haihhh.. sila baca Chapter 2 kenapa aku tak boleh kena urut. Nasib baik mak abah aku tak setuju cadangan diorang. Kalau tak, menggelupur ler aku, huhu..

Fengle ma?! (tetiba cakap cina pulak)

Masa kecik dulu kalau patah je, memang susah nak lap badan. Aku ingat lagi kadang-kadang mak akan ambik masa dekat 2 jam semata-mata nak kena berhati-hati untuk gerakkan tempat yang patah tu. Contoh kalau tangan patah, mak akan ambik buku yang nipis (TERpaksa gunakan buku) untuk lapik bawah tangan aku dan gerakkan tangan dengan cara tu. Aku mesti la cuma tau nyanyi lagu soprano je, hehehe..

Sampai satu hari, kaki aku bengkok sangat. Kedua-dua belah tulang paha patah, bila dah sembuh, tulang bahagian pinggul bengkok dan terbentuk macam telur. Mak dah tak boleh dukung aku macam biasa, kena angkat dengan 'cara unik' sikit. Sejak dari tu, aku dah tak boleh duduk lagi.

Jadi bab kelima lepas ini, bermulalah riwayat seorang perempuan banyak bebel yang hanya terbaring dan tak gheti-gheti berjalan, kuikui.. kesudahannya, rawatan pesakit OI masa tahun 90an memang takdak langsung pun. Maaf kalau entri ni terlalu panjang dan membosankan korang.

Muka bosan korang lepas baca entri ni :D

  • Share:

You Might Also Like

9 Geng Banyak Bebel

  1. ya Allah, drastik nyaa bila baca tang tulang asyik patah tu... subhanaAllah

    ReplyDelete
  2. nsb baik tak berurut...huhu angkat cara unik mcm mn tuh dik?eh byk tny lak..*tetiba teringin nk mkn pepperoni cheese tu gak-_-

    ReplyDelete
  3. huhu, dik iha mmg seorg yg kuat semangat...walaupun sakit tp xprnah nak tunjuk kesakitan 2 kan..uhuhu..xpernah bosan baca entry dik lah....miss u! huhu

    ReplyDelete
  4. Kisah ahkak memang tragis . Izinkan saya untuk nganga .

    eh mane ade panjang entri ni . Chapter sebelum ni lagi panjang tau . Tapi dina tak bosan baca . *setia kononnye* hehehe ;D

    soprano ? Ajari Aku tuk bisaaa . Menyanyi suprano ~~~~ :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyanyi saprona tu nangis la..hahaha

      Delete
  5. tulah mmg susah doktor nak pikirkan rawatan masa zaman 90-an ni....hehe....

    ReplyDelete
  6. baca entry Iha ni macam2 feeling ada..rasa nak *potong bawang ada,,nak gelak pun ada (serius ni dalam masa y sama) tapi Iha memang hebat dan kuat...admire u

    ReplyDelete
  7. Osteogenesis Imperfecta ade banyak tahap kan?... iha punya macam serius jaaa... tp serius ke, tak serius ke, iha ni happy je.. terbaaik~ Hehe

    ReplyDelete
  8. yeah..rasa macam pendek ja entri ni dik..mana ada panjang sangat..ahaha..

    ReplyDelete