Monster Monday 1: Google Nose

By iha - 4/01/2013 03:18:00 PM

Assalamualaikum..

Nota: Kalau korang rasa blog ni berat dan gambar susah nak loading sepenuhnya, copy this url's link:

http://ihazaliza.blogspot.com/2013/04/monster-monday-1-google-nose.html?m=1

Link diatas adalah versi telefon yang mana blog kita akan mengeluarkan entri dan header sahaja. Segala aksesori lain tidak akan ditunjuk.

Eksperimen pertama untuk entri pertama dalam Monster Monday.


Bangun pagi tadi, tak jumpa pulak telefon bijak kepunyaan pemilik yang tak bijak.


Bila dah jumpa, aku baca komen-komen dari kak +Nina Maslizza. Rajin jugak beliau komen blog aku, hantu komen pun boleh tewas, hehe.. terima kasih kak Nina n_n

Tapi sayangnya aku tak dapat nak bukak komen-komen tu akibat kuantiti windows telefon yang terhad. Nak tak nak aku kena baca melalui carian Google terus. Sekali niat asal aku TERpaksa dibatalkan akibat TERnampak sesuatu yang baru di Google.


Apa itu Google Nose?

Mula-mula korang tengok dulu video ni..


Kalau korang tengok video diatas, korang MESTI mempunyai satu perasaan yang sama dengan aku iaitu TERUJA!


Aku pun cuba la dengan penuh rasa keterujaan yang ada di telefon. Kalau berjaya hidu memang aku nak jadi blogger pertama di Malaysia nak suruh korang cuba jugak.

Mula-mula aku klik pada butang Try Google NoseBETA

Kat sebelah kanan akan ada ruang hidu benda yang kita cari macam gambar kat bawah ni. Tekan Smell.


Pasang hidung korang siap-siap untuk menghidu bau waffles. Kalau pakai komputer, bau tu akan keluar kat keyboard. Kalau pakai kat telefon bijak, letak hidung korang kat skrin.



Dapat hidu tak? Sedap kan bau waffles tu. Aku cuak jugak tadi masa buat eksperimen kat telefon, Dah cuba satu mesti nak cuba hidu bau lain pulak kan? Aku pun cari la lagi bau-bau yang dah disediakan seperti hair salon, hospital, roses, diaper dan lain-lain. Sampai lampin pun aku hidu yang tak menahan tu. Haha..

Tapi tiba-tiba aku rasa pelik. Kenapa cuma waffles je yang aku dapat hidu? Bau-bau lain yang aku cuba tadi langsung tak bau apa-apa. Aku fikir mungkin kena cari Google Nose versi Android.

Tetapi....

Sumber sini

Jadi aku fikir semula, mana datang bau waffles yang aku dapat hidu tadi? Dan akhirnya aku gelak keseorangan di belakang pintu sambil menahan malu. Sebenarnya aku tengah makan lepat pisang waktu kejadian. Mungkin aku tak dapat bezakan bau antara lepat pisang dan waffles. Kesian..


Mak orang pertama yang gelakkan aku bila aku buat reaksi macam ni tadi..

Haih.. baru je malam tadi aku buat bedtime stories kat mak asal-usul April Fool's Day, balik-balik aku yang WAKENABEB! Siapa yang masih samar-samar pasal sejarah April Fool ni boleh la baca kat entri Kak Farah..

  • Share:

You Might Also Like

18 Geng Banyak Bebel

  1. datang menjenguk.. slm perkenalan

    ReplyDelete
  2. ahhaa..lawak pulak baca..betul2 ke keluar bau tu..ahaha..trick april fool.

    ReplyDelete
  3. Aikk!? Maksudnye bau tu tak wujud la!??? Arghhhh saya di fool-kan... Dan rasanya sangat TERUJA... Errr hahaha...

    #thanks kak sebab bagi link untuk pengguna android... Baru aman nak komennn keh keh

    ReplyDelete
  4. dtg follow awk dari block CCK hehe :D review blogger terpantas :D

    http://dingraphic.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. hehe..kelakar la iha..1st time dgr google nose

    ReplyDelete
  6. hihihi wa ada ternampak jugak video google nose kat youtube tadi...nasib tak terkono...wakaka

    ReplyDelete
  7. yosshhh..td kat opis buka jugak Google nose tuh..tp nsb baik tak hidu komputer kt opis..selamat dr termalu..aiseh..nk april fool kan org jugak ye Google ni..hihuuu~

    ReplyDelete
  8. Hahahaah...Terkena terkono eh jang...

    ReplyDelete
  9. alahai kesiannyer dia..hehehe

    ReplyDelete
  10. KElako je dapat baby boy kat tin machine..
    pasal hp tak ada dalam poket mesti cuak gila...
    pasal google nose memang tak logik..mana boleh kuar bau dari laptop..haha

    ReplyDelete
  11. hahah... youtube pon same.. buat april fool cakap akan delete semua video dekat utube semua sekali.. semua utubers dah mengelabah.. hehe

    ReplyDelete
  12. ekk jadi betul ke tidak betul ni ??? ke google dh trnsform lepat jd waffle ??? haha.

    ReplyDelete
  13. hahahaaa ... mmg buat lawak la iha nih ...

    ReplyDelete
  14. haha.. google ni mcm2 kan..

    ReplyDelete
  15. mmg ramai yg kena :)
    Sop pun dok hidu mlm td.. huhuhu
    tp plg best cam real kan? hehehe

    ReplyDelete
  16. Hehe lawak tol.. Hihi adehh mcm2

    ReplyDelete