Monster Monday 2: The Creepy Doodle

By iha - 4/08/2013 06:12:00 PM

Assalamualaikum..

Entri kedua dalam Monster Monday..


Serius! Aku tak ada kelapangan nak bukak blog sekarang ni. Mintak maaf beribu-ribu lemon kalau ada yang terasa dengan 'kesombongan' aku akhir-akhir ni. Harap ada la yang memahami. Nak update entri pun kena taip laju-laju, termasuk entri semalam. Sebab tu aku ada banyak lagu yang tertinggal dalam entri tu.

Jadi kalau aku ada masa, aku MESTI dan AKAN terjah blog korang. Dan aku akan follow mana-mana yang dah follow aku akhir-akhir ni. Dan (banyak betul dan aku) aku akan buat review untuk pengikut ke-400, penghargaan tu haruslah ada.:)

Tapi taktau bila. Mungkin malam ni, mungkin pagi esok, tak pasti. Bergantung pada waktu lapang yang aku ada. Tunggulah kak +Mieza Jhaa K dan +Nina Maslizza.. akanku serang belog anda bertubi-tubi nanti >:)

Oh entri ni sebenarnya pendek je, saja aku panjang sampai 3-4 baris. Ngehngeh.. okeh tajuk aku kali ni berkaitan dengan doodle. Jadi cuba tengok doodles hasil ciptaan dari blogger-blogger terkenal.

Doodle dari Dayang Deno. Comel sokmo kan? Kagum betul dengan kak Deno, rasa macam nak berguru je dengan beliau. :D
Kalau nak buat tempahan doodle dari beliau boleh klik SINI :)

Arghhhh.. ini boleh membuatkan aku histeria! Hasil dari Mr. Doctor atau lebih mesra-mesra kucing dipanggil MD. Ditekankan bahawasanya beliau adalah 'mister', bukan 'miss'. Korang akan jumpa berlambak lagi doodles ciptaan beliau di blog yang bernama ! Doctor Muda Vs Ustaz Rock ! ini. Jangan dok histeria jugak noh.. :D

Nama pemilik doodle ini ialah Nur Irdina. Dina, tolong ampunkan akak sebab tak mintak izin untuk menculik gambar ini terlebih dahulu, huhu.. adik Dina ni baru je bergiat aktif dalam mencipta doodle. Bagi aku okey apa, doodle kedua ni lebih cantik dari doodle ciptaan aku yang ke berapa puluh entah. Haha.. 

Umur Dina baru 13 tahun tapi macam-macam yang beliau dah pandai buat untuk blog. Aku? Umur 13 tahun cuma pandai makan, tidur, berfoya-foya pastu tengok cerita Kamen Rider, haish malu.. siapa nak buat tempahan blog dari beliau boleh singgah SINI.

P/s: Dina masih ada banyak masa lagi untuk belajar buat doodle. Chaiyok! ^^

Ni lagi satu doodle yang memang osem dari kak Nieyxzha Hassan. Kalau buat contest siapa pemilik doodle ni, memang aku akan cam 1,000,000%. Sebab kak Nieyxzha ada cara beliau tersendiri dalam menghasilkan doodle. Kira trademark gitu. Tempahan bolehlah dibuat di SINI.

Tengok doodle dari Wan Hazel, walaupun ini salah satu dari doodle beliau yang agak simple tapi aku suka! Beliau merupakan blogger terawal yang selalu mengajar kaedah pembuatan doodle pada aku. Tapi apakan daya, sampai sekarang aku masih tak lepas-lepas. Doodle pertama yang aku jatuh cinta adalah buatan Malaysia ehh buatan Wan Hazel sendiri. Sebarang tempahan Template/Doodle/Cover Timeline/Fanpage/Banner boleh klik di SINI dengan harga yang berpatutan.

Aku punya? Fuhh.. memang jauh berbeza gila dengan doodles kat atas ni. Aku tunjuk ni bukan nak suruh korang puji cantik, tapi nak suruh korang gelak secara beregu. Masih terlalu jauh untuk aku belajar menghasilkan doodle yang berkualiti. Tak caya tengok la kat bawah ni....


Haa kan aku dah cakap. Banyak lagi yang aku kena perbaiki lagi-lagi dari segi kemasan dan penggunaan berus. Sebenarnya hajat asal aku suci je, nak buat doodle comel jugak. Tapi disebabkan kecewa dengan kegagalan tersebut, aku TERpaksa menokok-tambah lagi keseraman dalam doodle ini. Kalau buat tempahan, dua kupang pun belum tentu aku layak. Huahaha..

P/s: Kaki aku patah, yeyyy.. sekian.

  • Share:

You Might Also Like

18 Geng Banyak Bebel

  1. Hahaha...apa la lucu sgt doodle Ihaa tuu?? hahaha

    xper2 Iha..take your time ok..akak faham.. love you..

    ReplyDelete
  2. Okla tu , best try,
    Bella xpernah buat lagi :)

    ReplyDelete
  3. Kunjungan di sertai follow, kalau ada waktu ditunggu kunjungan dan follow baliknya ia :D

    ReplyDelete
  4. doodlenya semua cntik..
    wau.. blogger yang pandai buat doodle..
    untunglah.. boleh bagi sedekah dengan blogger lain..
    hurmm..
    dulu rasa nak wat doodle..
    tapi xjadi2..nasiblah

    ReplyDelete
  5. wah kenapa doodle tu berdarah2...?

    ReplyDelete
  6. alamakkk tanjat gegerl apabila mendapati doodle "tudung saji" tu berada di blog ahkak ni.. *tutup muka sambil gigi jari sampai berdarah*

    haha thank ye kak sebab masukkan doodle yang tak menjadi tu dalam blog ni.. terharu giloss gila lip gloss!

    #takpe kak, saya disini sedia membantu anda untuk mempercutekan lagi doodle tu *err*.. nahh ku bagi ini link.. download paint tool SAI.. mudah je! mesti menjadi! http://painttool-sai.en.softonic.com/ .. klik je download.. dina skarang pakai ni je... selamat berjaya!! hihihihihih panjang gile komen ni hahaha.! =D

    ReplyDelete
  7. takpe iha..utamakan mana yang penting dulu. Bila ada masa terluang baru leh layan blog puas-puas.

    semua doodle tu comel..termasuk yang last sekali walaupun macam dah berdarah dahi...hehe

    ReplyDelete
  8. Jangan paksa diri untuk BW...tggu btol2x ada mood datang, masa pun kosong, barula happy nak bW.....anyway..cantik doodle..sekarang nie smua sibuk pasal doodle ea...hehehe

    ReplyDelete
  9. ololo... sis ada juga.. terharu pulak rasana..:') btw, terima kasih ya tlg juga promosikan doodle sis kat sini^^

    ReplyDelete
  10. Terharu doodle akak ade kat sini..hehehe...thanksnye sbb sudi pomote..tp akak skang ni order ditutup kejap..nk siapkan kerja yg pending..

    Anyway..dah pandai dah buat doodle tu..akak tak reti buat cmtu..lain org lain hasilnya..teruskan usaha ya..^^

    ReplyDelete
  11. take ur time dear...btw doodle iha tu chomel je, kalo akak buat, hmmm lg xjd, bukan setakat xjd, mmg xkan jd kot..hahahhhaa..

    ReplyDelete
  12. kita suka tgk deno punya doodle..comel ja kan..hehe..

    ReplyDelete
  13. comel2 doodle depa...hikss :)

    ReplyDelete
  14. cantik2 doodle tu..suka fesyen baju doodle bertiga tu..

    ReplyDelete
  15. comellnyaa!!! amal pun kena perbaiki doodle amal jugak lah! :)

    ReplyDelete
  16. tegelak2 tengok doodle tu terketar2 sbb terlampau taksub dgn diri sendiri agaknya. hahaha. TAPI, eh cun wat ? siap ada vibrate lagi. kikikiki keep it up lah iha mucuk XD

    ReplyDelete