Treasure Thursday 1: When I Was Young....

By iha - 4/04/2013 01:34:00 AM

Assalamualaikum..

Entri pertama untuk Treasure Thursday..

Okey dah fahamkan maksud TT ni? Jadi aku nak ceritakan sikit (banyak) kenangan aku dalam gambar. Gambar aku tak banyak pun, tapi kemungkinan aku yang akan cerita banyak-banyak, hehe.. mohon gelak beramai-ramai dengan posing yang sangat tak semenggah ini..

Waktu tahun 1996 kalau tak silap. Masa ni umur 2 tahun kot.. aku suka gambar ni, nampak ketara sangat muka budak nakal..

Gambar pada tahun yang sama, ada kat kampung Segamat, Johor. Kampung belah mak.. mata macam baru lepas nangis je, tak tau la siapa yang sakat.. oh yang cahaya tu sebenarnya flash telefon aku, jangan ingat tu gambar mistik pulak :D

Yang ni 1997 kot, rasanya adik aku belum lahir lagi. Aku tak suka gambar ni! Sebab masa ni aku ada ketakutan tahap Gaban bila nampak kamera. Maklum la, kalau keluar flash tu mesti aku akan terkejut. Bila terkejut, TERpatah la pulak kan.. aku ambik masa yang lama jugak untuk berani ambik gambar..

Tahun 1999. Umur 5 tahun, masa ni mak angkat aku datang rumah sebab tu melawa tak hingat dunia. Sakit bukanlah penghalang untuk kita berfesyen, konon nak tiru gaya retis wanita 90-an la letak spek kat atas kepala.. LOL~

Aku suka gambar ni, tapi tak suka dengan gaya tersebut. Macam tak senonoh pulak aku tengok, huhu..
Sebab musabab bab bab bab aku suka gambar ni, kurus wooo.. sekarang? Bagai langit dan bumi.. badan dah bulat macam bumi, huahaha..

#kalau aku masuk wad, aku suka bawak mainan.. sebelah kanan aku tu la buktinya..


Tak padan sakit kan, nak bergaya je kerja budak ni. Tahun 2002 (8 tahun). Kalau tak silap la, ni kali ke-5 kot aku masuk ubat Pamidronate. Di sebelah kiri saya adalah kawan baik saya. Aku panggil dia mak :P

 Haa gambar ni kelakar.. semua orang bila tengok gambar ni mesti kata:
"Kesiannya.. nampak lemah sangat dia waktu ni.."

Percayalah, itu dusta semata-mata.. aku saja buat gimik macam ni.. akak aku suruh buat muka elok-elok, tapi aku pi kuyukan mata tu.. pigidahh.. gambar diambil pada Januari 2003. Masa tu baru lepas jalani pembedahan kedua kat kaki kiri untuk masukkan besi.

Yang seronoknya, bila aku sedar je dari pembedahan, aku rasa kaki sebelah kanan aku sakit. Bila bukak selimut tudia, dua-dua bersimen.. pelik jugak, sebelum operate kan dah tandatangan untuk masukkan besi sebelah kaki je dulu.. bila tanya doktor pakar, rupanya dia nak luruskan dua-dua belah. Jadi lepas siap operate kaki kiri tu, dia ambik kaki kanan aku pastu dia patahkan dari luar. Hahaha aku yang dengar pun seram ooo.. bayangkan kaki yang bengkok tu dia pi patahkan dari luar pastu cepat-cepat pasang simen. Nasib la aku dipengsankan.. ehh panjang pulak penerangan aku..

Iklan sekejap, aku TERjumpa duit RM20 ni masa bukak album gambar tadi. RM10 duit dari doktor pakar aku (hadiah harijadi yang ke-15 + doktor pakar bagi RM50 untuk beli kek dan sambut kat wad) dan RM10 lagi duit raya dari pengawas peperiksaan masa aku PMR. Alhamdulillah.. :)

Ok patah balik ke belakang, yang tak berbaju tu, yang tak tau malu tu la aku.. aku ingat lagi waktu tu hari Jumaat, 30 November 2001. Ni baru kali kedua masuk wad sebab pertama kali masuk ubat Pamidronate. Tangan kanan masih berbalut tu sebab baru sebulan lebih operate.

Ni masa bulan puasa, sebab tu ada rombongan bagai.. aku jeles tengok budak-budak lain (pesakit) dapat keluar dari wad tengok apa-apa acara dari badut etc.. sekali rombongan ni datang kat aku. Masa gambar ni diambil, salah seorang kakitangan tengah pegang rambut aku sambil cakap:

"Lebatnya rambut adik ni.." (dengan wajah penuh keterujaan) aku takkan la nak marah sebab dia pegang rambut Fong Sai Yuk aku tu, jadi senyum je la..

Kat bawah ni antara petikan dari keratan akhbar Utusan Malaysia:

PRIHATIN...Seramai 84 orang kanak-kanak di wad Pediatrik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) diraikan oleh kakitangan Metramac Corporation Sdn. Bhd., semalam sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Mereka diraikan dengan pelbagai acara seperti persembahan nyanyian dan silap mata oleh badut selain menerima sumbangan duit raya dan hamper.

Salah seorang pesakit, Nornabihah Mohd Fazali, 7, yang menghidap penyakit reput tulang gembira dengan sumbangan dan lawatan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan terutama badut yang mencuit hatinya.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Metramac, Ibrahim Bidin bersama rombongan 20 orang kakitangan Metramac. Metramac merupakan anak syarikat Metacorp yang menjalankan operasi tol, aktiviti perumahan dan bangunan komersial serta menjana kuasa.

Utusan Malaysia, 1 Disember 2001

Okey, dalam petikan tu, diorang salah eja nama aku. Wawawa.. biarlah kan, ada jugak bunyi dia. Yang aku betul-betul marah, ada ke waktu yang sama kerani wad tu salah taip nama aku pastu bubuh kat kepala katil. Nama aku Nur Nabihah, tapi dia letak NUP NABILAH. Kelaut bebeno nama aku jadinya..

Keesokannya, satu keluarga nampak seronok tengok aku masuk paper. Bila naik sekolah je, mulut aku yang kepoh + kecoh ni pun dok cerita dekat kawan-kawan. Tiba-tiba seorang kawan lelaki menyampuk:

"Aku dah tau la kau masuk suratkhabar. Aku dah tengok, aku siap suruh mak aku gunting dan simpankan lagi tau.."

GULP!! Gambar aku tak pakai baju pulak tu dia suruh mak dia simpan?? Gilos.. :O

Dan yang bawah ni gambar terakhir aku nak tunjuk....

September 2008, umur 14 tahun. Muka TERpaksa disorokkan akibat tak pakai tudung. Hihi comel kan Spongebob ni.. masa ni baru lepas 4 hari menjalani pembedahan ke-10. Amoi kat sebelah tu orang kuat rombongan untuk datang ke wad. Maklum la bulan puasa lagi kan..

Aku tak tau pun yang aku masuk paper lagi. Ni teacher adik aku merangkap bekas guru aku yang bagi keratan dalam The Star. Apa yang memalukannya ialah, ini adalah sumbangan dari Sport Toto.. malu ooo masuk paper huhu.. aku tak pakai duit tu untuk beli makanan, kalau tak silap guna untuk beli topup kot. Harap lepas ni aku tak dapat la sumber-sumber macam ni lagi, mintak dijauhkan..

2 bulan kemudian, seorang kawan lelaki tegur aku dalam kelas:

"Nabihah masuk paper haritu kan? Saya nampak masa nak gunting rambut kat kedai.."

Jeng jeng jengggg.. aku hanya mampu mentafakurkan diri.. wuwuwu..

Sekian cerita aku kali ni, seperti yang diduga aku memang suka taip panjang-panjang.. hehe..

  • Share:

You Might Also Like

35 Geng Banyak Bebel

  1. salam zaliza :)

    terima kasih berkongsi kenangan zaliza masa kecik.

    byk juga dugaan yg zaliza tempoh sejak kecil lagi..tapi zaliza tetap tabah dan ceria...respek laa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Ayie.. :)

      Sebenarnya sy cuma nak tunjuk wajah nakal sy masa kecil je.. langsung tak terfikir nak tunjuk pasal penyakit sy.. apapun terima kasih Ayie.. :)

      Delete
  2. muka kecil n besar nampak x berubah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yeke? Tuan punya badan rasa berubahlah kak Anna..

      Delete
  3. tersentuh pulak bce entry nie ...ermm kuatkan semangat, jaga diri dan yakin pada Allah .. dia harikan segala ini bersebab... wahh femous tau keuar newspaper bnyk kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak sori Acik... sy cuma nak tunjuk muka nakal masa kecik je.. apa pun terima kasih ye atas sokongan.. erkk tak femes pun, Acik lagi femes :)

      Delete
  4. Akak ade keturunan arab ke? muke macam arab :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam arab mende Nunu, macam arnab ada la :D kalau ikut sejarah family akak, nenek moyang dulu memang ada la darah arab.. sampai kat akak rasanya takde langsung darah arab kot.. hehe..

      Delete
  5. Ya Allah, nak menangis rasanyaaa... dengan musik blog sis ni.. ena tak sangka sis sakit... Apapun, ena bangga dengan sis sebab sis tabah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa sori kak Ena.. iha tak niat nak tunjuk pasal sakit.. nak tunjuk gambar posing maut masa kecik je.. takde la, iha tak tabah mana pun :)

      Delete
  6. awaaatt la budak ni comel sgt.. muke tu cm mtk dicubit2 je :P hihi..
    setaraf ngn retiss ni asik kua masuk paper, ape kontrobasi terbaru ? skandal ngn retis mane ?kekeke..

    wahai nup nabilah, opsss typo, wahai adik nur nabihah, akak doakan iha copek2 la bule bjalan, sihat2 slalu, n truskan mceriakan hr2 akak.. hehe sayang much2 laa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak dicubit takpe, jgn mintak diPANG sudah :D
      gosip terbaru, ai dah nak kawen dgn anak dato, rahsia tau.. hikhik..
      ke-typo-an akak dimahapkan sbb doa akak sgt la osem! maceh akak.. syg double much gak la :3

      Delete
  7. wah,comelnya gambar masa kecik..huhu
    saya gambar masa kecik dah hilang ntah kemana dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik hilang? takpe la janji cikgu ingat lagi kenangan dulu2 :)

      Delete
  8. nice sharing .. apapon rasa bangga dapat kawan dengan awak :)

    ReplyDelete
  9. wah..comei iha masa kecik
    kiut jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish takde la, zaman kenakalan berleluasa tu.. orang nakal mana comel, hehe..

      Delete
  10. awak mmg seorang yg kuat kan...kagum sgt!! hehe muka comel je kan ms kecik2..dh besar pun comel jugak *jgn kembang~hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kuat pun kak, kuat lagi action kamen, haha.. whoa serta-merta hidung kempis balik lepas akak pesan camtu.. xD

      Delete
  11. salam Iha...alololo tomei mye muka iha masa kecik, dh besar tomei gak ke? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam mama yang kurindui :) masa kecik nampak nakal, dah besar nampak gemuk.. jadi kesimpulannya iha langsung tak comel :D

      Delete
  12. muka iha tak berubahlah,, Akak nak buat entry tresure thrsday jugala,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeyy iha support 500% kalau akak buat treasure thursday gak :)

      Delete
  13. seksinya...hahahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. opssss.. sila tutup mata, hahaha..

      Delete
  14. wah glamer la lu dah byk kali masuk paper....tak boleh blah bila nurse tu tersalah tulis nup nabihah...haha...nasib tak jadi sup nabihah....(wa gurau je...jgn marah...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh takat masuk paper kat bahagian iklan mana nak glamer, takde siapa kenal pun..
      hahah, ni baru betul sedapnya nama (sup).. perut berbunyi baca nama sendiri :D

      Delete
  15. chomelll laa iha ni, geram akak tgok, nak cubit2 pipi iha sikit boleh x??heheh...btw, akak salute st dgn iha, seorang yg sgt tabah, :') akak doakan iha sentiasa sihat dan kuatkan semangat ye syg..lovee u lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tumbuk muka iha pun boleh kak :D iha biasa2 je laaaa.. apapun Amin, tenkiu menkiu atas doa akak.. ai lebiu tu! :)

      Delete
  16. singgah lagi awal pagi..jumpa zaliza...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah kunjungan khas ni.. terima kasih Ayie.. :)

      Delete
  17. Assalammualaikum...

    Nakal masa kecil biasa lah kan.... mselim3 agak2 nyer lagi nakal...

    mselim3

    ReplyDelete
  18. iha memang comel dari kecik sampai seharang ni :)

    dari penulisan iha ni, kak puteri yakin, iha memang seorang yang cekal. Rasa bertuah dapat kenal iha :)

    p/s amboi femes dia dapat masuk paper banyak kali ^_^

    ReplyDelete
  19. Alamakk tanpa ku sedari entri ni dah terlepas pandang olehku. Huwaaa!

    Wuu omei omeii akak kecik2 dulu. Gambar kedua tu memang menggoda gilos hak hak! Comel rambut tu. >.<!!!


    #akak memey comei sampai skarang hokeyh ! muehehe. :p

    ReplyDelete